Perlembagaan Persekutuan Tunjang Utama Sistem Perundangan

Malaysia Unggul menjulang Perlembagaan Persekutuan sebagai tunjang utama sistem perundangan dan tadbir urus negara.

Unsur-unsur penting dalam pembentukan jati diri watan seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan wajib dihormati, difahami dan dihayati oleh semua lapisan masyarakat.

Penafsiran kepada perlembagaan pula perlu kepada penegasan untuk ditafsirkan mengikut kepada identiti nasional bukan mengikut kepada cara dan acuan luar yang tidak sesuai bagi sosio kehidupan rakyat Malaysia. Sebarang cubaan untuk menafsirkan perlembagaan di luar konteks identiti nasional perlu dihalang bagi memastikan kestabilan negara.

Sistem perundangan negara pula perlu menzahirkan prinsip negara ini seperti yang termaktub di dalam perlembagaan iaitu kesamarataan manusia di hadapan undang-undang tanpa mengira darjat, pangkat atau status harta.

Campur tangan atau keistimewaan pihak tertentu dalam perundangan yang bertentangan dengan perlembagaan wajib dihapuskan.

Sudah pasti sistem perunduangan negara unggul yang berpaksikan jati diri watan ini menjamin konsep keadilan dan kesejahteraan keseluruhan rakyat Malaysia.

Menjelang 2040, tiada lagi undang-undang yang berat sebelah dan bertentangan dengan prinsip, akhlak, dan fitrah manusia kerana semuanya dipandu kompas moral yang selari dengan jati diri dan naluri manusiawi.

Hasilnya, rakyat akan hidup bahagia dan memiliki kehidupan yang teratur, harmoni dan mempunyai sikap kelas pertama.

Ustaz Zamani Ibrahim

Presiden BERJASA

Himpunan Nasional BERJASA 2022

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Berpegang Kepada Identiti Nasional Demi Perpaduan Kaum

Next Post

politik & Kepimpinan Malaysia Unggul 2040

Related Posts