Formula Rafizi Akan Bunuh Peniaga Kedai Makan – Abdul Samad Ashari

Abdul Samad Naib Presiden BERJASA

Kuala Lumpur – Kontrovesi formula boikot kedai makan seperti yang disarankan oleh menteri ekonomi ,Rafizi Ramli bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik. Memetik respon daripada Naib Presiden BERJASA Abdul Samad Ashari , kebanyakan peniaga kedai makan kini terbeban dengan peningkatan secara drastik kos barang makanan asas. Seharusnya kerajaan mencari jalan bagaimana untuk mengawal kos bahan mentah yg meningkat dan bukannya menghukum para peniaga kedai makan.

Berdasarkan statistik terkini Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) kadar inflasi tahunan meningkat kepada 3.3% bagi tahun 2022 berbanding dengan 2.5% pada tahun 2021.

Statistik Indeks Harga Pengguna (Customer Price Index) bagi bulan December 2022 menunjukkan kadar inflasi yang paling tinggi adalah dalam sektor kategori makanan dan minuman yang merupakan penyumbang terbesar kadar inflasi iaitu sebanyak 6.8%.

Kadar inflasi bagi subkumpulan makanan seperti daging adalah sebanyak 7.8% dan ikan sebanyak 2.9%.
Bagi rakyat yang tinggal di bandar kesan inflasi ini lebih lagi dirasai. Kadar inflasi dibandar adalah sebanyak 4% berbanding dengan luar bandar sebanyak 2.8%.
Kadar inflasi yang tinggi ini menyebabkan berlaku kenaikan kos sara hidup serta mengurangkan taraf kebajikan masyarakat.

Untuk itu kerajaan digesa untuk mengambil langkah awal mengawal harga barang makanan asas seperti ayam, telur, ikan dan sayur sayuran sebelum menuding jari atau menyalahkan mana mana pihak.

Abdul Samad Ashari berkata lagi, sebagai contoh isu berkaitan telur ayam, kerajaan seharusnya tidak membiarkan pemain gergasi industri telur ayam menentukan harga dan pengeluaran mereka yang menjadi punca negara berdepan krisis kekurangan bekalan telur ketika ini. Wujudnya elemen kartel kartel yang mengawal pengeluaran telur dan ayam seharusnya dihentikan. Kerajaan seharusnya bertegas dan membuat langkah drastik bagi membendung isu kartel ini.

Kuasa membeli adalah ditangan rakyat. Walaupun begitu rakyat tidak ada kuasa untuk membendung kos inflasi yang tinggi.
Kerajaan sebagai pembuat dasar boleh membuat keputusan yang lebih tegas dalam mengawal rantai bekalan dan makanan demi kesejahteraan rakyat.

Total
0
Shares
1 comment
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Ir Lukman Al Hakim Naib Presiden

Peruntukan Untuk TAR UMT Adalah Tidak Munasabah – Ir Lukman

Next Post
Ir Lukman Al Hakim BERJASA

Isu Perumahan Negara Sedang Kronik – Ir Lukman

Related Posts