politik & Kepimpinan Malaysia Unggul 2040

Menjelang 2040, lanskap politik negara akan bertukar secara keseluruhan dengan mengamalkan konsep politik matang dan berintegriti tinggi.

Semua ahli politik yang memimpin negara mempunyai kelayakan pendidikan dan berkebolehan dalam memberi khidmat kepada rakyat dengan membangunkan dasar negara.

Mereka bukan sahaja membawa idea-idea yang segar dalam pembinaan negara tetapi membawa suara rakyat untuk didengar dan dibahas sebaik mungkin di parlimen. Perbahasan-perbahasan yang berlaku membentuk satu falsafah peradaban untuk menjadikan Malaysia sebuah negara kuat, maju, dan berdaulat.

Politik dan kepimpinan Malaysia Unggul 2040 akan memastikan pemerintahan Malaysia benar-benar diacu dengan acuan kita sendiri. Kita tidak terikat dan terikut-ikut dengan cara fikir penjajah. Tiada lagi sistem pemerintahan dan tadbir urus yang mengikut cara penjajah.

Sistem pemerintahan dan urus tadbir bertunjangkan prinsip dan nilai-nilai murni yang lahir atas penghayatan mendalam tentang jati diri watan dan identiti nasional.

Pemain-pemain politik negara unggul 2040 akan bersaing secara sihat dengan memberikan idea-idea dan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Politik tidak lagi digunakan sebagai alat mengaut kekayaan dan pengaruh.

Penggubalan undang-undang dan dasar negara diurus dengan cermat oleh ahli-ahli parlimen yang berwibawa, serta dibantu oleh pakar-pakar rujuk dan pegawai-pegawai kerajaan yang arif dalam bidang masing-masing.

Urus tadbir negara diperingkat kementerian dan jabatan juga dikepalai golongan berkelayakan, dipimpin oleh menteri berkredibiliti dan berketerampilan tinggi.

Tiada lagi watak ‘warlord’ yang menjadikan jawatan kepimpinan seolah-olah haak milik peribadi dan kroni dengan memanipulasi situasi terdesak orang Melayu dari sudut material dan survival bangsa.

Ustaz Zamani Ibrahim

Presiden BERJASA

Himpunan Nasional BERJASA 2022

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Perlembagaan Persekutuan Tunjang Utama Sistem Perundangan

Next Post
Afif Badhrulhisham Naib Presiden BERJASA

Syarikat Malaysia Sertai Lawatan Rasmi Kerajaan Tiada ‘Track record’, Hilang Prinsip ‘Good Governance’ PMX

Related Posts