Anwar Ibrahim Patut Fokus Bangunkan Ekonomi Negara

BANGI – Kerajaan di bawah pimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sepatutnya fokus membangunkan ekonomi bukan negara bukannya galak membunuh musuh-musuh politiknya dalam keadaan sekarang.

Itu ketegasan yang disuarakan oleh Presiden BERJASA, Haji Zamani Ibrahim dalam mengulas mengenai prestasi pentadbiran kerajaan sekarang. Sikap kerajaan kini yang yang dilihat sudah lari daripada tujuan asal amat menimbulkan rasa kurang senang ramai pihak. Hal ini seakan-akan dapat dilihat melalui gambaran daripada Sultan Abdullah sewaktu Istiadat Keberangkatan Balik Agong yang menggesa agar kerajaan memberikan sepenuhnya fokus untuk membangunkan ekonomi negara.

“Yang Di-Pertuan Agong sebelum ini iaitu Sultan Abdullah seakan memberikan gambaran dalam ucapan baginda bahawa kerajaan sekarang patut fokus membangunkan ekonomi negara. Ini menunjukkan bahawa ekonomi yang buruk melanda negara ini bukan sahaja menimbulkan rasa resah rakyat malahan pemimpin negara sendiri”.

“Di awal pentadbiran Anwar Ibrahim, beliau memberi bayangan untuk fokus kepada membina ekonomi. Sebelum ini, beliau ada pergi China dan telah menandatangani 19 MoU sehingga dengan gahnya keluar di media sosial yang menunjukkan negara kita mampu membawa masuk sebanyak RM174 billion”.

“Tindakan itu membawa satu petand positif kerana beliau dilihat sudah serius ingin membina ekonomi negara. Namun, kita jangkakan petang sehingga ke petang namun hujan di tengahari. Beliau selepas itu tidak fokus lagi kepada membina ekonomi namun beliau telah sibuk untuk menonjolkan diri di media sosial dengan program solat Jumaat dan jelajah IPT”, tegas beliau.

Tambah beliau, Anwar juga dilihat sudah mula bermain dengan strategi untuk membunuh musuh-musuh politiknya. Anwar licik menggunakan naratif membasmi rasuah untuk menghalalkan langkahnya dalam menekan musuh-musuh politik yang mampu memberi ancaman.

“Ramai taikun dan jutawan yang bersubahat dengan kerajaan perpaduan tidak pula disiasat oleh Anwar Ibrahim. Ini menunjukkan Anwar masih sibuk menyerang musuh politiknya. Sebab itu di akhir ucapan Yang Di-Pertuan Agong yang sarankan agar kerajaan perpaduan ini fokus kepada membina dan memperkasakan ekonomi negara kita”, kata beliau kepada Gelombang BERJASA.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Sudah Tiba Masanya Nama ‘Laut China Selatan’ Diubah Namanya

Next Post

Kepentingan Kedaulatan Negara Tergadai, Pulau Daat Dibeli Warga Asing

Related Posts