Nga Kor Ming Rujuk Pihak Yang Salah – Ir Lukman

Ir Lukman Al Hakim BERJASA

Kuala Lumpur – Menteri Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming baru-baru ini telah membawa masuk pakar Housing and Development Board (HDB) dari Singapura untuk berkongsi kejayaan negara itu dengan kementerian beliau.

Tindakan ini telah menimbulkan pelbagai persoalan dari pelbagai pihak. Naib Presiden BERJASA, Ir Lukman Al-Hakim menegaskan bahawa tindakan Nga Kor Ming menunjukkan kementerian beliau masih tiada wawasan untuk agenda pembangunan perumahan negara.

“Singapura terkenal dengan pelbagai masalah perumahan antaranya harga rumah yang tidak mampu dimiliki oleh rakyatnya, tempoh menunggu yang panjang dan kegagalan untuk mendapatkan rumah flat jenis Built-To-Order (BTO). Lantas apa yang nak dibanggakan sangat dengan Singapura?” soal beliau.

Beliau turut menegaskan bahawa Malaysia tidak ketandusan pakar tempatan dalam bidang perancangan serta pembangunan bandar dan perumahan di Malaysia. Nga Kor Ming juga secara jelas menyebut China dan Hong Kong sebagai kiblat.

Beliau turut mempersoalkan jaminan campur tangan kuasa asing dalam hal pembandaran dan perumahan yang sangat rahsia bagi sesebuah negara. “Adakah menteri kita ni hanya percayakan kepakaran dari bangsa beliau semata-mata? Adakah isu ini tidak menjejaskan keselamatan dan kedaulatan Malaysia?”.

Total
0
Shares
2 comments
  1. Nampak sangat kementeriannya tidak efisen Dalam menangani masalah/isu perumahan negara…kenapa perlu pakar dari negara asing….sedangkan negara masih punyai ramai pakar Yang berkalibar….rakyat bayar gaji untuk dia buat kerja…Di situ sudah nampak kegagalannya Dalam menangani masalah/isu Dalam negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Presiden Berjasa Zamani Ibrahim

Demi Malaysia Unggul – Presiden BERJASA

Next Post
Ir Lukman Al Hakim Naib Presiden

Peruntukan Untuk TAR UMT Adalah Tidak Munasabah – Ir Lukman

Related Posts