Banyak Lagi Syarikat Boleh Taja Sekolah Selain Syarikat Arak

syarikat arak taja sekolah

SHAH ALAM – Isu syarikat arak taja sekolah Cina masih lagi belum reda apabila yang terbaharu Menteri Pengangkutan, Anthony Loke tampil kepada media dengan mempertahankan tindakan tersebut dan akan memperjelaskannya kepada Kabinet. Selain itu juga, Pengerusi DAP Lim Guan Eng juga mengeluarkan kenyataan yang bernada sama dengan mengatakan isu ini tidak sepatutnya ditimbulkan memandangkan jumlah peruntukan dana yang disumbangkan oleh syarikat arak setanding dengan dana pembangunan diperuntukkan oleh kerajaan kepada sekolah Cina.

Kenyataan-kenyataan ini menampakkan mereka terutamanya daripada parti DAP tiada masalah langsung untuk institusi pendidikan yang mulia seperti sekolah menerima dana daripada syarikat arak.

Sama seperti rokok, arak merupakan barang yang boleh mendatangkan kerosakan kepada manusia terutamanya kanak-kanak. Jika rokok tidak dibenarkan untuk dihisap oleh murid-murid atas sebab kesihatan maka arak juga patut dikenakan tindakan yang sama hatta mempromosikannya secara halus dan terang-terangan tidak dibolehkan di dalam kawasan sekolah.

Pemuda BERJASA, Isma Aiman berkata sudah banyak larangan kerajaan telah mengenakan terhadap syarikat arak seperti dilarang mempromosikannya di platform media digital dan media. Ahli-ahli politik terutamanya daripada DAP sepatutnya sudah jelas mengenai larangan ini.

Tambah beliau lagi, isu penajaan syarikat arak kepada sekolah Cina ini menampakkan lagi bahawa mereka sebenarnya tidak kisah dengan pekeliling daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang melarang mana-mana sekolah untuk menerima tajaan daripada syarikat arak, rokok dan judi.

“Jelas mereka tidak membawa langsung semangat kebangsaan dalam falsafah pendidikan yang ingin mereka terapkan. Mereka lebih mengejar keuntungan tanpa memikirkan impak yang akan ditinggalkan selepas itu”.

“Jika peruntukan yang diberikan oleh kerajaan tidak banyak dan masih tidak cukup, mereka sepatutnya sedar bahawa kerajaan telah menambah peruntukan untuk sekolah menengah Cina swasta kepada RM18.9 juta. Bagi sekolah rendah Cina, selain geran penyelenggaraan tahunan, kerajaan juga menyediakan tambahan RM62 juta untuk penyelenggaraan dan naik taraf tandas di 886 sekolah rendah Cina. Adakah itu masih tidak cukup?”, jelas beliau.

Selain itu, jika sekalipun mereka masih memerlukan dana tambahan untuk bajet sekolah tidak sepatutnya mereka menerima dana daripada syarikat arak. Sepatutnya mereka jelas bahawa menjadi satu kesalahan untuk sekolah menerima dana sedemikian dan sekolah seakan telah memberikan peluang kepada syarikat arak untuk membuat pemasaran secara bebas.

“Mereka melakukan ini atas alasan program corporate social responsibility (CSR). Program CSR ini dibuat untuk elakkan cukai tetapi lakukannya dengan penganjuran konsert amal”.

“Konsert amal memerlukan kos yang besar kerana memerlukan syarikat untuk mencari penari konsert dan menyediakan minuman secara percuma. Kos penganjuran lebih besar daripada sumbangan dana maka mengapa tidak berikan sumbangan secara terus sahaja tanpa adanya konsert?”, soal beliau.

Beliau juga hairan isu peruntukan dana untuk sekolah Cina masih tidak mencukupi dan kenyataan Lim Guan Eng seakan menampakkan mereka terpalit dengan isu ini setiap tahun. Oleh hal yang demikian, beliau mengharapkan isu ketidakcukupan dana ini disiasat oleh kerajaan secara teliti.

Terdahulu, BERJASA mengecam kehadiran Ahli Parlimen Sepang YB Aiman Athirah dalam sebuah majlis penyerahan sumbangan syarikat arak kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Tche Min dan menegaskan ia satu tindakan yang amat mendukacitakan.

Ketua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan Mohd Sharif berkata YB Aiman Athirah sepatutnya merasa malu untuk menghadiri majlis sedemikian memandangkan beliau juga merupakan ahli politik daripada parti Amanah yang mengaku memperjuangkan Islam.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
kedah pulau pinang

Kedah Kumpul 20,000 Dokumen Untuk Kaitkan Sejarah Dengan Pulau Pinang

Next Post
suhakam bantah

SUHAKAM Bantah Hukuman Gantung Pembunuh Zulfarhan, Apa SUHAKAM Ingin Sebenarnya?

Related Posts