Rembau – Semalam Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin harun telah mengumumkan pertukaran nama jalan di Negeri Sembilan. Jalan Temiang ditukarkan kepada nama Jalan Dr Chen Man Hin. Dr Chen merupakan pengasas bersama dan penasihat seumur hidup DAP, meninggal dunia pada Ogos tahun lalu pada usia 97 tahun.
Pengerusi BERJASA Negeri Sembilan, Fauzi Bashir memberi peringatan kepada semua pihak bahawa agenda DAP kekal sama dan tidak pernah berubah. Peluang yang dimiliki oleh DAP apabila memegang tampuk kepimpinan kerajaan bakal membuka lebih banyak ruang untuk mengaplikasikan agenda yang diperjuang setelah sekian lama.
Beliau turut mempersoalkan tindakan kerajaan negeri yang menukarkan nama jalan yang tidak memberi impak pada rakyat setempat. Ditambah pula, nama yang diangkat ialah tokoh DAP yang jelas memperjuangkan agenda Malaysian-Malaysia yang tidak bertepatan dengan perlembagaan yang dijulang.
Nama Parti Tindakan Demokratik (DAP) hari ini semakin disucikan di segenap aspek di peringkat nasional. Kerjasama Barisan Nasional di blok kerajaan membuktikan lagi bahawa segala kritikan yang dilemparkan sebelum ini boleh dilupakan begitu sahaja dek kuasa yang diinginkan.
“Rakyat Malaysia boleh melihat dengan jelas matlamat besar DAP menerusi laman web rasmi DAP di internet. Matlamat nombor 4 menyatakan pengiktirafan Kebebasan Beragama sebagai Hak Asasi. Matlamat kelima pula adalah penipuan yang dijulang bagi menyembunyikan agenda sebenar.”
“Setelah sekian lama, kita boleh melihat kedudukan Bahasa Malaysia yang tidak menjadi keutamaan. Bahkan Bahasa Cina dan lain-lain disebut sebagai dikategorikan sebagai Bahasa Ibunda mengikut tafsiran DAP” tambah beliau.
Terus berjuang wahai saudaraku…