Polemik Istilah ‘Kafir’ Hasil Fahaman Liberal

kafir

BANGI – Istilah ‘hifzuddeen‘ adalah yang sebenarnya untuk menjaga agama Islam bukannya menjaga kesemua agama secara umum. ‘Hifzuddeen‘ menegaskan hanya agama Islam sahaja yang boleh dibela agama dan maruahnya.

Demikian penegasan yang diberikan oleh Presiden BERJASA, Zamani Ibrahim berkenaan polemik istilah kafir yang ditimbulkan oleh seorang menteri baru-baru ini. Polemik dan isu ini menjadi hangat sehingga mengundang kecaman pelbagai pihak yang tidak senang dengan tindakan menteri tersebut.

Tambah beliau lagi, pemimpin Islam sepatutnya menggunakan kuasa yang ada padanya untuk mengangkat syiar Islam di negara ini. Namun amat mengecewakan pemimpin-pemimpin sekarang ini lebih memilih untuk menjaga hati penganut agama lain atas alasan ‘rahmah’.

“Dahulu juga ada seorang pemimpin menyebut ‘kalimah’ “ya iqra hafiddin” yang ingin membawa maksud mana-mana pihak boleh memasuki mana-mana agama yang diminatinya. Ini satu tafsiran liberal kerana bukan itu yang dimaksudkan di dalam kalimah itu. Sedangkan kehendak kalimah itu ialah tidak memaksa orang kafir untuk Islam manakala yang sudah terikat dengan agama Islam tetap menganut Islam”, tegas beliau.

Beliau juga menempelak pemimpin-pemimpin negara yang menyalahgunakan kalimah ‘rahmatan til alamin‘ dengan mengatakan orang Islam boleh bertolak ansur dengan pihak bukan Islam. Tanggapan itu salah kerana Islam sepatutnya dikembangkan dengan luas dan perlu bertegas dengan musuh Islam apabila Islam itu diancam.

“Di zaman Nabi Muhammad SAW, pihak yang cuba menentang Islam pasti akan diperangi oleh Baginda untuk memastikan Islam itu terus berkembang. Ini baru namanya ‘rahmatan til alamin‘ bagi memastikan Islam terus berkuasa bukannya terus mengalah”.

“Kita perlu berhati-hati dengan pihak yang memusuhi Islam. Di hati dan mulut mereka masih ada rasa benci kepada Islam. Saya berpendapat konsep ‘rahmatan til alamin‘ dalam konteks liberal adalah semata-mata untuk mendapatkan undi sahaja”, ulas beliau.

Beliau mempersoalkan adakah negara ini telah dicengkam dengan kuat oleh fahaman liberal sehingga pemimpin-pemimpin ini sanggup mengeluarkan pendapat sedemikian. Hal ini tidak mustahil jika ada parti yang berkuasa hari ini amat mesra dengan organisasi liberal antarabangsa sehingga ditanam ideologinya di dalam minda setiap pemimpin.

Terlebih dahulu, tular satu video yang memaparkan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menolak penggunaan label kafir dan mengharamkan anak-anak beliau menggunakan perkataan tersebut di rumah.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
PADU

Adakah PADU Mencuri Data Pengguna?

Next Post
ekonomi

Aliran Dana Keluar Asing Mengalir Keluar, Tanda Pelabur Lari?

Related Posts