Jika Najib Bebas, Apa Makna Reformasi?

Bangi – Kian kedengaran desakan dan permintaan untuk mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak dibebaskan daripada tahanan penjara melalui pengampunan diraja.

Datuk Seri Najib Razak berdepan dengan enam lagi pertuduhan setelah satu pertuduhan melibatkan pindaan laporan audit syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) digugurkan bulan lepas oleh Mahkamah Rayuan yang mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan wujud kes prima facie bagi pertuduhan itu.

Tidak cukup dengan kejayaan pengguran satu tuduhan itu, kini Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said telah menimbulkan dakwaan bahawa wujud keraguan terhadap kredibiliti Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang mengendalikan kes Datuk Seri Najib Razak dahulu.

Ia seakan satu plot untuk membebaskan Datuk Seri Najib Razak daripada tahanan penjara apabila melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan ke atas hakim tersebut semata-mata untuk membuktikan wujud keraguan terhadap pendakwaan mahkamah rayuan di dibawahnya.

Ini ditambah lagi dengan desakan oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO kepada kerajaan untuk membebaskan Datuk Seri Najib melalui pengampunan diraja.

Adakah Perdana Menteri kita sekarang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tunduk kepada desakan tersebut?

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui beliau berada dalam Lembaga Pengampunan, namun menegaskan kuasa memberi keampunan adalah di bawah Yang di-Pertuan Agong mengikut Perkara 42(1) dan 42(2) Perlembagaan Persekutuan.

Namun, desakan daripada parti komponen di dalam kerajaan iaitu UMNO pasti akan membuatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertimbangkan permintaan tersebut.

Jika benar, bagaimana dengan prinsip reformasi yang sering dilaunghkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak dahulu?

Apabila menyebutkan reformasi, ia bermakna pembaharuan dan semestinya rakyat mengharapkan institusi kehakiman dan perundangan berubah melalui reformasi memandangkan institusi ini sering diganggu oleh ahli politik yang ingin menyelamatkan ‘tengkolok’ masing-masing.

Malahan di dalam bukunya yang bertajuk Membangun Negara Madani, Datuk Seri Anwar Ibrahim ada menekankan kepada pengukuhan perundangan dengan memastikan jaminan badan kehakiman perlu bebas daripada percaturan politik demi memulihkan keyakinan rakyat terhadap sistem perundangan serta memastikan tiada lagi ancaman oleh mereka yang merasakan dirinya berada di atas undang-undang.

Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu bijak dalam menangani situasi ini jika beliau berpegang teguh kepada prinsip reformasi dan madani beliau.

Jika bukan, apa lagi yang boleh ditawarkan oleh beliau kepada rakyat jika bukan dengan slogan pembaharuan dan reformasi?

Daripada jalanan hingga ke kerajaan, reformasi seakan sebati dengan beliau dan mungkin boleh pudar prinsipnya itu apabila ingin menjaga hati rakan-rakan politiknya.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Naib Presiden BERJASA, Ir Ts Lukman Hakim

Sistem Pembayaran Tol Terbuka Dan MLFF: Jangan Ulangi Kesilapan RFID

Next Post

Undi Melayu: Peluang Untuk PN Manakala UMNO Dalam Masalah

Related Posts