Undi Melayu: Peluang Untuk PN Manakala UMNO Dalam Masalah

Bangi – Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Yon Keow dalam kenyataannya di CNA Asia berkata, undi pengundi Melayu mempunyai potensi besar untuk beralih ke parti Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya negeri akan datang.

Beliau berkata ini dapat dilihat sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) apabila dua kerusi pilihan raya yang merupakan kubu kuat parti Barisan NasionaL (BN) iaitu di Kepala Batas dan Pakatan Harapan (PH) di Permatang Pauh masing-masing jatuh ke tangan pihak pembangkang iaitu PN.

Tidak cukup dengan itu, pasca PRU-15 ini juga menampakkan sokongan orang Melayu kepada PN akan bertambah kuat susulan termeterainya kerjasama antara parti terbesar Melayu iaitu United Malaysia National Organizations (UMNO) dengan Democratic Action Party (DAP) bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk bersama-sama membentuk kerajaan.

Chow Yon Keow menambah lagi ketika ditemubual CNA bahawa kerjasama UMNO bersama DAP dan PKR menampakkan ia sebagai satu pengkhianatan terbesar kepada orang Melayu secara amnya.

Melihat kepada kenyataan beliau ini, saya melihat ada benarnya pendapat beliau di dalam temubual tersebut.

UMNO sebelum ini dilihat sebagai parti tunggal yang teguh memperjuangkan nasib orang Melayu di dalam politik dan juga ekonomi.

Menurut pemerhatian saya, pengundi Melayu dilihat boleh menerima kekalahan UMNO di dalam PRU-15 dan mengharapkan UMNO untuk terus membaiki parti mereka akan datang bukannya dengan cara ‘berdamai’ bersama parti seteru.

DAP membawa imej yang buruk kepada orang Melayu. Konsep ‘Malaysian Malaysia’ yang diperjuangkan oleh DAP sememangnya bertentangan dengan hak istimewa orang Melayu di Malaysia kerana ‘Malaysian Malaysia’ menetapkan semua kaum berhak mendapat hak yang sama rata.

Agak menjengkelkan jika UMNO terus boleh bersahabat bersama DAP apabila DAP terus teguh dengan perjuangannya.

Di mata orang Melayu, UMNO itu seakan gila kuasa mengejar laba politik.

Bagaimana pula pandangan UMNO terhadap orang Melayu?

Setelah bersahabat dengan DAP dan PH, apa propaganda kempen yang ingin dimainkan oleh UMNO?

Bagi orang Melayu, mereka ada alternatif lain selain UMNO iaitu dengan memilih Parti Pribumi BERSATU (BERSATU) dan Parti Islam Se-Malaya (PAS) sebagai pilihan untuk mengundi nanti.

Pengundi Melayu terutamanya di luar bandar masih memilih parti yang berasaskan kaum berbanding agenda dan idea yang dibawa oleh sesuatu parti.

Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy mungkin mengatakan gelombang hijau tidak akan mempengaruhi undi di PRN kali ini namun saya berpendapat sebaliknya.

Kerjasama antara UMNO-PH masih baru dan pengundi Melayu semestinya mengambil masa yang lama untuk menerimanya.

Gagak Hitam.

Nota: Tulisan ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak mewakili pandangan daripada Gelombang BERJASA.

      Total
      0
      Shares
      Leave a Reply

      Your email address will not be published. Required fields are marked *

      Previous Post

      Jika Najib Bebas, Apa Makna Reformasi?

      Next Post

      Kiamat Iklim: Pengurusan Bencana Buat Rakyat

      Related Posts