Negara Arab wajar dikecam tolak usul OIC

HULU LANGAT – Pertemuan tergempar negara-negara Islam OIC menatijahkan sikap apologetik beberapa negara yang tunduk kepada telunjuk Amerika dan Israel.

Arab Saudi, Bahrain, Maghribi dan UAE ternyata bersikap pro-Israel dengan menentang lima daripada semua usul yang dibentangkan.

Demikian ulasan Pengerusi Perhubungan Negeri BERJASA Selangor, Ustaz Annuar Salleh mengenai kenyataan media yang dikeluarkan pejabat Presiden BERJASA semalam.

“Perlu diketahui, empat negara terbabit telah terlibat didalam proses normalisasi Israel menyebabkan tiada tindakan langsung yang berkesan untuk isu penjajahan di tanah Palestin,” katanya.

“Mereka melihat dan membiarkan kekejaman rejim pengganas Zionis Israel meneruskan pembunuhan beramai-ramai umat Islam Palestin,” tambahnya lagi.

Sehubungan itu, BERJASA mendesak Kerajaan Malaysia memainkan peranan yang lebih besar dan berkesan dengan menggerakkan 11 negara Islam yang lain bagi melaksanakan lima usul tuntutan tersebut.

BERJASA mahu Malaysia menekan PBB dan semua pihak berkepentingan di peringkat antarabangsa agar usul itu diterima dan dilaksanakan.

Lima usul tersebut antara lain menyebutkan agar mencegah penggunaan pangkalan ketenteraan Amerika dan negara-negara Arab lain untuk memasuki negara haram Israel, membekukan hubungan diplomatik, ekonomi, keamanan, dan ketenteraan Arab dengan Israel.

Selain itu, usul tersebut mengancam untuk menggunakan minyak dan kemampuan ekonomi Arab untuk memberi tekanan agar menghentikan keganasan, dan mencegah syarikat penerbangan awam Israel melintasi ruang udara negara-negara Arab.

Usul kelima pula mencadangkan pembentukan Jawatankuasa Menteri Arab yang akan segera pergi ke New York, Washington, Brussels, Geneva, London, dan Paris untuk menyampaikan permintaan Pertemuan Liga Arab agar menghentikan keganasan Israel terhadap Gaza.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Hamas Gesa PBB Benarkan Kemasukan Bahan Api, Bagi Meneruskan Operasi Hospital

Next Post

BOIKOT Adalah Protes Aman, Mampu Tundukkan Kapitalis

Related Posts