BERJASA Pahang Nyatakan Sokongan Terbuka Kepada Palestin

KUANTAN – Semua wakil rakyat di Pahang diminta menyatakan sokongan secara terbuka terhadap usaha pembebasan rakyat Palestin daripada kekejaman Zionis.

Perkara itu antara beberapa tuntutan disuarakan 15 wakil Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP) Pahang dan BERJASA Pahang yang diwakili oleh Ketua Penerangan Negeri BERJASA Pahang, Dr Mohd Nor bin Sundari kepada kerajaan negeri pada hari Jumaat yang lalu.

Mereka secara sepakat menyeru seluruh agensi kerajaan menyatakan sokongan penuh kepada pembebasan rakyat Palestin secara terbuka.

Mereka berkata demikian dalam sidang media selepas penyerahan memorandum yang mengandungi sembilan tuntutan dalam isu Palestin kepada Exco Komunikasi & Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan, Fadzli Mohamad Kamal yang mewakili Pejabat Menteri Besar Pahang.

Menerusi memorandum itu, GSPP Pahang mengemukakan sembilan tuntutan antaranya:

1. Menuntut kerajaan supaya meneruskan dasar tidak ada hubungan diplomatik dengan Israel;

2. Menuntut kerajaan supaya berterusan memberikan sokongan kepada gerakan pembebasan Palestin serta menyokong keteguhan rakyat Palestin;

3. Menuntut kerajaan supaya tidak memenuhi apa-apa tuntutan atau desakan bagi menormalisasi sebarang bentuk hubungan dengan Israel;

4. Menuntut kerajaan supaya tidak mengiktiraf penyelesaian ‘Two State Solution’ dan mengembalikan peta Palestin yang asal sebelum Deklarasi Balfour 1917;

5. Menuntut kerajaan supaya menolak rancangan Perjanjian Abad Ini (Deal of the Century) yang akan menjuruskan ke arah pembinaan Israel Raya;

6. Menuntut kerajaan supaya tidak sesekali memihak kepada blok Barat seperti Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan lain-lain negara yang menyokong pembunuhan beramai-ramai (genosid);

7. Menuntut kerajaan supaya bertegas dan tidak tunduk kepada tekanan blok pro-Israel yang cuba menghalang apa-apa bentuk penzahiran solidariti kerajaan dan rakyat Malaysia kepada isu perjuangan pembebasan Palestin;

8. Menuntut kerajaan supaya segala sumbangan disampaikan secara telus kepada rakyat Palestin yang dizalimi di Gaza bukan kepada Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang mempunyai persepakatan dengan Israel;

9. Menuntut kerajaan supaya melobi dan mempengaruhi pendirian negara Islam dan badan antarabangsa berkaitan isu Palestin dengan memastikan sebarang rundingan atau persetujuan masa hadapan mestilah melibatkan gerakan pembebasan Palestin, bukan badan yang tidak mewakili majoriti rakyat Palestin.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kerajaan Bacul dan lemah, sanggup tunduk pada taikun vape

Next Post

Maqlubah aqsa: inisiatif Kreatif BERJASA Kapar bersolidariti untuk palestin

Related Posts