Antara Harga Barang & Kualiti

Tinjauan yang dilakukan terhadap luahan rata-rata warganet di media sosial menunjukkan begitu ramai yang mengeluh berkenaan kenaikan harga barang kini.

Ini susulan terdapat sumber daripada beberapa portal berita tempatan yang melaporkan jangkaan akan berlakunya kenaikan harga barang pengguna sebanyak 20 peratus. Kenyataan ini disokong oleh Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin dan Presiden Dewan Perniagaan dan Industri India Kuala Lumpur dan Selangor (KLSICCI), Nivas Ragavan.

Kenaikan harga barangan ini berikutan kebergantungan Malaysia pada bahan import dan kelemahan ringgit berbanding dolar AS. Maka kenaikan harga barang pengguna ini ada asasnya apabila melihat nilai mata wang Ringgit yang terus melemah dan menurun apabila dibandingkan dengan mata wang dollar Amerika Syarikat.

Dikala rakyat meluah berkenaan beban kos sara hidup yang makin meningkat ini, timbul pula kenyataan yang kurang bijak daripada seorang menteri yang mengatakan jangkaan kenaikan harga barang ini satu tilikan sahaja. Lagak beliau berkata sedemikian seakan menampakkan analisis yang dibuat oleh pemain industri dan penganalisis ekonomi adalah ramalan kosong lagak seperti Nujum Pak Belalang.

Tidak cukup dengan itu, ada pula sebahagian rakyat yang taksub kepada parti membidas dan memperlekehkan luahan rakyat yang terkesan dengan mengatakan mereka boleh sahaja memilih barang yang murah.

Mereka memberikan perbandingan bahawa di tempat pasar raya tertentu harganya murah jika dibandingkan dengan tempat yang lain. Timbulnya masalah di sini ialah adakah harga barang di semua tempat berbeza nilai harganya walaupun barang yang sama? Walaubagaimanapun, membandingkan harga barang dengan harga kedai adalah tidak adil kerana tidak semua kedai mampu menawarkan harga yang sama. Kuncinya di sini adalah harga asal barang pengguna tersebut.

Realiti kenaikan harga barang ini juga disokong oleh seorang warganet yang merupakan seorang peniaga apabila mengatakan bahawa beliau terbeban dengan kos modal yang tinggi. Beliau mengatakan bahawa dahulu mampu untuk membeli satu kotak susu pekat dengan harga RM95.60 namun kini hanya boleh mendapatkan kuantiti yang sama dengan harga RM130.

Ada yang menyarankan beliau untuk mencari jenama pengganti yang lebih murah seperti Marigold Krimer Manis dengan harga RM2.95 untuk satu tin bagi menggantikan susu pekat. Saranan untuk menggantikan dengan barang yang lebih murah adalah betul namun perlu diingat bahawa susu pekat, krimer dan sweetened adalah berbeza jauh sama sekali. Peniaga semestinya terkesan dengan terpaksa menggunakan item lain yang sekaligus akan mengubah rasa menu yang dijual dek ingin meminimumkan kos.

Sama juga dengan apa yang dirasai oleh penjual burger di tepi jalan sekarang. Mereka meluah bahawa mereka mula terpaksa menjual burger biasa dengan harga RM5 sebiji. Hal ini berikutan kenaikan harga sos mayonis, sos cili, marjerin dan sayur kobis. Walaubagaimanapun, mereka terpaksa juga menurunkan harga kerana khuatir akan kehilangan pelanggan sehingga ada yang terpaksa menjual sebiji burger dengan harga di bawah pasaran namun menggunakan daging yang beratnya 60 gram.

Segala luahan daripada golongan rakyat dan marhaen terutamanya peniaga ini begitu menampakkan mereka amat terhimpit dengan kenaikan kos sekarang. Tindakan mereka meminimakan kos modal adalah satu tindakan mereka untuk terus bertahan di dalam perniagaan seiring dengan kualiti barang yang dijual mungkin tidak memenuhi cita rasa pembeli.

Kerajaan di bawah pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu agresif dan pantas dalam menyelesaikan kos sara hidup yang membebankan rakyat ini. Pantaulah kabinet anda kerana kerap kali menteri-menteri di bawah kerajaan sekarang mengeluarkan kenyataan yang bodoh dan dangkal.

Pena

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Gelombang BERJASA dan parti BERJASA.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Ketua Pemuda BERJASA, Fahmi Bazlan

Cukuplah Dengan Sindrom Penafian Yang Memanjang

Next Post
Naib Presiden BERJASA, Afif Badhrulhisham

Wacana Impian Nasional: Pengenalan BERJASA

Related Posts