NILAI – Presiden BERJASA, Zamani Ibrahim telah meluangkan masa untuk menziarahi Mantan Menteri Agama Datuk Dr. Zulkifli Mohammad Al-Bakri di Maktabah Al-Bakri hari ini. Mereka berdua sebelum ini juga pernah berada dan berkhidmat bersama di dalam Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan satu ketika dahulu.
Zamani Ibrahim mengakui keilmuan yangh dimiliki oleh Datuk Dr. Zulkifki Ak-Bakri amat disanjung di peringkat dunia dan menjadi pakar rujuk dalam segala permasalahan yang melibatkan isu agama Islam.
Dalam kesempatan yang sama juga, mereka berdua sempat bertukar pendapat dan pandangan tentang situasi politik tanah air. Mereka berdua bersetuju bahawa kesatuan antara rakyat merupakan kunci utama kepada kemajuan Malaysia. Selaku presiden parti politik dan mantan menteri, mereka berdua melihat ini satu tindakan penting yang perlu dimainkan oleh kerajaan kini untuk memastikan persengketaan antara rakyat dapat dihentikan dengan kadar segera.