Perjanjian Bangkok 1909. Mengimbau sejarah lebih 108 tahun duhulu, banyak Tanah Melayu terlepas kepada Siam antaranya (1) Kelantan – Kehilangan daerah Tak Bai, (2) Kedah – Kehilangan wilayah Satun, Pulau, (3) Tarutao dan Wilayah Sadao, dan (4) Perlis – kita kehilangan Wilayah Pujo.
Pada tahun 1965, kita kehilangan Singapura. Pada tahun 2008, kehilangan Pulau Batu Puteh. Seterusnya pada tahun 2011, kita kehilangan Stesen KTM, Tanjong Pagar, Singapura.
Dan sekarang kita tidak hilang tanah kerana politik ataupun kerana perang, tetapi kita jual tanah.
Kita tidak merasa tanah sebagai kuasa dan maruah diri, agama dan bangsa. Kita hanya merasakan tanah hanya sebagai harta.
Sedarlah bahawa dengan menjual tanah sendiri, ibaratkan kita tela MENJUAL MARUAH BANGSA kita.
Sayang seribu kali sayang.. Kita telah menjual tanah TUDM, Sg.Besi. Kita telah menjual tanah atas alasan pembangunan di Forest City dengan pemilikan kekal. Kita jual syarikat dan aset strategik negara kepada negara asing.
Kali ini kita dipaksa untuk menjual syarikat automotif nasional yang kita bangunkan daripada keringat dan darah anak bangsa kita.
Kita menjual kepada bangsa asing dengan alasan demi kepentingan Proton di Tanjung Malim yang mempunyai keluasan 1,500 ekar tanah di Proton City milik Proton.
Benarlah apa yang dikata, kita hanya menumpang di tanah sendiri.
Teringat kisah saudara kita di Palestin, walaupun ditawarkan cek kosong untuk diisi sendiri jumlah yang mereka mahu. Namiun, TIDAK SEKALI mereka tergamak lepaskan tanah walaupun sekangkang kera kepada Israel.
Tapi kita…? Gelap mata? Pentingkan diri?
Adakah kita tahu tentang pemimpin muslim terakhir di Andalusia (Sepanyol)?
Abdillah Muhammad Al Ahmar telah keluar dari istana kerajaan dengan hina.
Pada malam itu, Andalusia telah jatuh ke tangan kerajaan Katolik setelah berada di bawah kekuasaan Islam selama lebih dari 800 tahun.
Beliau lari tinggalkan istana untuk menyelamatkan diri dengan hati yang pilu. Dadanya sesak. Sebaik sampai di sebuah bukit yang cukup tinggi dari sana ia memandang Istana Al Hambra. Dia menangis tersedu-sedu hingga janggutnya basah kuyup dengan air mata. Melihat hal itu, ibunya berkata : Menangislah .. ! Menangislah seperti perempuan .. ! Kerana kau ,tidak mampu menjaga kerajaanmu ,seperti laki-laki perkasa !
Kekuasaan Islam berakhir di Andalusia (Sepanyol) . Sejak itu, belum pernah bangkit lagi kecemerlangan itu. Umat Islam di sana diberi pilihan sama ada masuk Kristian, dibunuh , atau diusir. Tahu apa penyebab jatuhnya Andalusia ?
1. Cinta dunia
2. Meninggalkan dakwah dan jihad
3. Bergelumang dengan perkara-perkara dosa
4. Menyerahkan urusan bukan pada ahlinya
5. Jahil agama
Bayangkan lah… Jika negara kita nanti telah jatuh secara total ke tangan orang kafir. Ketika itu barulah pemuda-pemuda Islam akan menangis dan ibunya akan berkata, “Menangislah seperti perempuan ! engkau tidak menjaga negara ini, sebagaimana seorang laki2 perkasa!”
Maka ,bersiaplah wahai pemuda Islam!
Pelajari baik-baik 5 faktor di atas. Ambillah iktibar. Jangan lagi leka.
Faktor kejatuhan itu akan berulang dan caranya sama!
Jika anda tidak dapat menjadi garam yang dapat menjaga daging, jangan pula menjadi ulat yg merosakkannya.
Kalau anda tidak dapat menjadi pejuang jangan pula menjadi pengkhianat,penipu, pencuri, perasuah, pemecah amanah, penagih dan sebagainya.
Fikir-fikirkan…
Ayuh Bersama-sama BERJASA melahirkan Watan Berdaulat. BERJASA komited menjulang agenda Malaysia Unggul dengan kepimpinan baharu Malaysia yang memberi khidmat dan wibawa.
Zulkifli Yahya
Setiausaha Agung BERJASA