Puchong: Naib Presiden BERJASA, Afif Badhrulhisham pada hari Sabtu yang lepas telah menyampaikan mengenai pengenalan kepada BERJASA dalam Wacana Impian Nasional (WIN).
Dalam pengisian tersebut, beliau lebih banyak memfokuskan kepada pengenalan BERJASA bagi penontin-penonton yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai BERJASA.
Beliau menerangkan secara terperinci berkenaan sejarah penubuhan BERJASA yang dahulunya berwarna hijau sehingga diberikan imej segar dengan menggunakan warna magenta.
Selain itu, beliau juga menepis dakwaan yang mengatakan BERJASA merupakan parti yang ultra nasionalis, pemecah perpaduan kaum dan perkauman. Segala tohmahan yang dilemparkan kepada parti BERJASA adalah tidak benar dan tidak menggambarkan imej BERJASA yang sebenar.
BERJASA merupakan parti yang berimejkan watan dan membawa agenda masa hadapan untuk negara dengan menawarkan “blue print” Impian Nasional kepada rakyat Malaysia.
“Oleh sebab itu parti ini selain ingin membawa imej yang berindentitikan watan, BERJASA juga dikenali sebagai parti masa hadapan dengan menawarkan agenda Impian Nasional kepada rakyat Malaysia yang menggariskan enam teras utama”.
“Antara enam teras tersebut ialah politik & kepimpinan, ekonomi & sara hidup, teknologi & alam sekitar, pendidikan & modal insan, perlembagaan & perundangan dan identi nasional & perpaduan. Kesemua teras ini dirangka oleh BERJASA untuk membawa negara Malaysia ke arah yang lebih baik pada masa hadapan”, ujar beliau.
Mengakhiri rancangan siaran langsung itu, beliau sempat menitipkan pesanan kepada penonton untuk menyebar-luaskan mengenai parti BERJASA dan tawaran kepada masyarakat sekitar bahawa telah munculnya sebuah parti yang bernafas segar untuk rakyat Malaysia.
Rancangan WIN ini boleh ditonton di laman Facebook Wanita BERJASA Malaysia bagi yang terlepas untuk menonton secara siaran langsung.