Presiden BERJASA Hadir Ke Rapat Umum Forum Tolak BlackRock

blackrock

KUALA LUMPUR – Presiden BERJASA Zamani Ibrahim telah tampil ke Rapat Umum Forum Tolak BlackRock yang diadakan di Dewan KLSCAH Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur pada pukul 8 malam semalam. Turut hadir ke program semalam ialah Khairy Jamaluddin, Dato’ Sri Saifuddin Abdullah, Prof Nazari Ismail, Dato’ Seri Mukhriz, Tian Chua, Tun Faisal, Che’gu Bard dan ramai lagi.

Rapat umum ini diadakan bagi menyatakan bantahan terhadap kerajaan yang berkehendak menjual saham Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP), sebuah syarikat milik pengurus aset kontroversi BlackRock.

Penjualan kepada GIP ini dilihat amat meragukan kerana MAHB merupakan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mempunyai rekod cemerlang dalam mengendalikan 39 lapangan terbang di seluruh negara malahan mendapat pujian antarabangsa dalam menguruskan Sabiha Gokcen International Airport di Istanbul, Turki.

Kesemua peserta yang berucap di rapat umum tersebut membidas kerajaan Anwar Ibrahim yang dikatakan bermuka-muka dalam bercakap mengenai isu Palestin. Perjumpaan beliau dengan pimpinan Hamas iaitu Ismail Haniyeh dan Khalid Meshal di Qatar beberapa bulan yang lalu hanya wayang semata-mata kononnya beliau pemimpin yang prihatin dengan perjuangan Palestin.

Khairy Jamaluddin dalam ucapannya mengatakan bahawa kerajaan pada hari ini sudah gagal menyatakan pendirian yang tetap terhadap perjuangan rakyat Palestin kerana tidak konsisten dengan dasar mereka. Mereka seakan ingin menyatakan mereka pihak yang kuat memperjuangkan isu Palestin di pentas antarabangsa namun dalam masa yang sama “mempelawa” pihak yang membunuh rakyat Palestin untuk melabur di sini.

Dato’ Sri Saifuddin Abdullah yang juga merupakan mantan Menteri Luar mengatakan pendirian kerajaan sekarang amat hina kerana mengiktiraf “two state solution” yang disokong juga oleh Amerika Syarikat. Bukan itu sahaja malahan pendirian Anwar yang meminta Hamas untuk mengikuti nasihat negara Arab lain untuk berdamai dengan Israel jelas menampakkan beliau tidak memahami dengan lebih mendalam tentang apa yang diperjuangkan oleh rakyat Palestin iaitu memperoleh kembali tanah mereka yang dirampas.

Terlebih dahulu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang sebelum ini mempertahankan penyertaan Lockheed Martin dan kontraktor pertahanan lain, telah menolak bantahan pemimpin pembangkang terhadap penglibatan BlackRock dalam MAHB.

“Tiada yang positif daripada dia (pembangkang), hanya menghasut penuh dengan kebencian dan dengki,” kata beliau.

Selain itu, Menteri Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Aziz telah mengeluarkan kenyataan yang mempertahankan tindakan kerajaan membenarkan BlacRock, sebuah firma yang didakwa mempunyai kaitan dengan Israel memiliki pegangan saham dalam Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB).

Ketua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan Mohd Sharif tampil mengkritik kenyataan Tengku Zafrul yang dilihat hanya mengeluarkan hujah falasi dan seakan ingin membela syarikat pendokong Zionis itu untuk terus melabur di dalam MAHB.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
ECRL

Dahulu Kritik, Kini ECRL Mahu Diteruskan Kerajaan

Next Post
blackrock

Jual Aset Strategik Kepada BlackRock Ibarat Bersubahat Dengan Zionis Pembunuh

Related Posts