Jual Aset Strategik Kepada BlackRock Ibarat Bersubahat Dengan Zionis Pembunuh

blackrock

KUALA LUMPUR РPresiden BERJASA Zamani Ibrahim menyatakan bantahan sekeras-kerasnya terhadap keputusan kerajaan yang ingin menjual sebahagian saham milik Malaysia Airports (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP), sebuah syarikat milik pengurus aset kontroversi BlackRock.

Beliau mendakwa imej BlackRock sebagai pelabur kepada syarikat Lockheed Martin dengan memegang 7.4% kepentingan sepatutnya sudah diketahui oleh kerajaan kerana syarikat ini berperanan utama dalam mendanai senjata kepada tentera Israel.

Lockheed Martin merupakan kontraktor pertahanan yang berpangkalan di AS dengan pelaburan berbilion dolar dalam industri pertahanan dan aeroangkasa Israel mendapat perhatian di Malaysia selepas kumpulan pro-Palestin membantah penyertaannya dalam pameran  Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Keselamatan Negara Asia (Natsec) di Kuala Lumpur bulan yang lepas.

“Bantuan-bantuan daripada BlackRock dan sekutu-sekutu Israel adalah bantuan dalam bentuk ketenteraan untuk membunuh rakyat Palestin. Bantuan yang diberikan oleh kita pula adalah bantuan kemanusiaan iaitu bantuan makanan”.

“Sesuatu perkara yang tidak seimbang apabila Israel memperoleh senjata untuk mendirikan sebuah negara haram tetapi kita hanya mampu berikan mereka makanan untuk hidup bukannya sama seperti bantuan yang diperoleh oleh Israel”.

“Kini kita pula yang mempelawa mereka datang untuk melabur di dalam aset milik kita iaitu MAHB. Di kala rakyat Palestin ramai yang terkorban dihujani dengan peluru askar Zionis, kerajaan sepatutnya sudah mampu membuat keputusan untuk memihak kepada BlackRock atau terus bersolidariti dengan Palestin”, tegas beliau.

Tambah beliau lagi, penerimaan kerajaan yang membenarkan BlackRock melabur di dalam MAHB menunjukkan kerajaan sudi bekerjasama dengan pembunuh rakyat Palestin.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
blackrock

Presiden BERJASA Hadir Ke Rapat Umum Forum Tolak BlackRock

Next Post

BERJASA Sepang Membuat Agihan Daging Korban Di Kampung Ginching

Related Posts