Penjualan Saham MAHB Ke Blackrock Mencurigakan

Blackrock

KUALA LUMPUR – Penjualan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) sebanyak 30 peratus kepada Global Infrastructure Partners (GIP), sebuah syarikat milik pengurus aset kontroversi BlackRock merupakan satu urus niaga yang amat mencurigakan. Penjualan saham kepada BlackRock itu dilihat langsung tiada sebarang keperluan mendesak untuk menjualnya kepada pihak asing.

Isu ini dibangkitkan oleh ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin yang menyifatkan penjualan saham itu sebagai tindakan yang gelojoh untuk mengeluarkan MAHB daripada Bursa Malaysia melalui konsortium yang diketuai Khazanah bersama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Global Infrastructure Partners (GIP) yang berpangkalan di New York, dan Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA), sedangkan syarikat itu memiliki potensi besar.

Persoalan yang ditimbulkan oleh beliau ini wajar diberikan perhatian kerana MAHB bukan sebuah syarikat yang rugi dan bermasalah, bagi tahun kewangan 2023, kumpulan itu mencatatkan keuntungan sebanyak RM543 juta dengan jumlah tunai di dalam akaun sebanyak RM1.845 billion.

Tambah beliau lagi, satu kewajaran untuk ramai pihak mempersoalkan isu ini kerana aset logistik, khususnya di Asia, menjadi buruan pelbagai pihak kerana kedudukan geografi Malaysia yang strategik menjadikan ramai pihak ingin mencari peluang memiliki aset strategik di rantau ini.

Berbeza dengan negara jiran yang lain, lapangan terbang di Indonesia, Singapura, Thailand dan Vietnam semuanya diuruskan oleh syarikat yang dimiliki sepenuhnya atau sebahagiannya oleh kerajaan tanpa diberikan satu blok saham yang besar kepada syarikat asing.

MAHB sebenarnya mempunyai kepakaran yang hebat dengan pengalaman yang luas dan kedudukan kewangan yang baik termasuk menguruskan Istanbul Sabiha Gokcen International Airport di Turki.

“Dalam persaingan ekonomi dan geopolitik dunia yang semakin mencabar, tentunya jaringan lapangan terbang ini dinilai sebagai satu komponen logistik yang amat penting,” katanya.

Kerajaan diseru mempertimbangkan semula tindakan sedemikian kerana ia membabitkan jumlah yang agak signifikan di kala MHB masih stabil bahkan persoalan dalam sejauh mana ketelusan operasi syarikat-syarikat selepas ini.

SUMBER – Astro Awani

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
ECRL

CCCC Bawa Pekerja Asing Dari Luar Lagi Untuk Projek ECRL

Next Post
takraw

Kerajaan Wajar Berikan Peruntukan Besar Untuk Sukan Takraw

Related Posts