BERJASA Bantah Saham MAHB, Aset Strategik Negara Dimiliki BlackRock

MAHB

SHAH ALAM – Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Aziz telah mengeluarkan kenyataan yang mempertahankan tindakan kerajaan membenarkan BlacRock, sebuah firma yang didakwa mempunyai kaitan dengan Israel memiliki pegangan saham dalam Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB).

Hal ini berikutan timbulnya kritikan yang lantang menentang penyertaan BlackRock, menerusi anak syarikat penuhnya Global Infrastructure Partners (GIP), dalam konsortium bersama Khazanah Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi meningkatkan pegangan dalam MAHB.

Tengku Zafrul dilihat telah mengeluarkan satu kenyataan yang agak dangkal dengan mengatakan bahawa BlackRock juga merupakan pelabur terbesar di dalam syarikat elektronik dan komunikasi Apple maka tidak sepatutnya menjadi masalah untuk mereka melabur di dalam MAHB.

Ketua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan Mohd Sharif tampil mengkritik kenyataan Tengku Zafrul yang dilihat hanya mengeluarkan hujah falasi dan seakan ingin membela syarikat pendokong Zionis itu untuk terus melabur di dalam MAHB.

Tengku Zafrul sepatutnya sedar bahawa lapangan terbang merupakan aset yang amat strategik untuk sebuah negara apatah lagi ia melibatkan kawalan keselamatan ruang udara negara. Hal ini ditambah lagi dengan beberapa kes kehadiran ejen Mossad yang dicatatkan dalam tahun ini. Kerajaan sepatutnya peka dengan isu ini.

“Adakah ini gambaran pendirian kerajaan Madani dalam menyokong pihak yang mendokong perjuangan Zionis? Adakah tiada langsung rasa sekelumit sensitiviti bagi saudara Islam kita di Palestin. Ini adalah satu tindakan yang hipokrit, munafik yang diamalkan oleh kerajaan sekarang”.

“Di satu sudut, Perdana Menteri cuba bermain wayang dengan menjalin hubungan mesra bersama Hamas dalam menyokong Palestin namun dalam masa yang sama juga menjalin kerjasama bersama proksi Zionis. Malahan sebelum ini juga terdapatnya laporan bahawa kapal kargo milik syarikat Israel berlabuh di Pelabuhan Klang”, tegas beliau.

Beliau mendesak agar kerajaan membatalkan penjualan saham kepada BlackRock jika kerajaan benar-benar prihatin terhadap Palestin. Kerjasama dengan pihak yang mendokong Zionis merupakan satu tindakan hipokrasi yang teruk dan secara hakikatnya mereka langsung tidak jujur dalam memperjuangkan isu Palestin.

BlackRock terlibat dalam memperkasakan jentera perang Israel, dan ibu pejabatnya di New York menjadi sasaran penunjuk perasaan pro-Palestin yang menuduh syarikat itu mengaut keuntungan daripada pembunuhan beramai-ramai.

Antara syarikat yang dilabur BlackRock termasuk Lockheed Martin, di mana ia memegang 7.4% kepentingan.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
budi madani

Sudah Isi PADU, Mengapa Perlu Isi Budi Madani Pula?

Next Post
pakatan harapan

Pakatan Harapan Sudah Lupa Dengan Unsur Kronisme

Related Posts