Dahulu Kritik, Kini ECRL Mahu Diteruskan Kerajaan

ECRL

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Anwar Ibrahim menginginkan Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction Company Ltd (CCCC) mempercepatkan pelaksanaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Beliau berkata projek melibatkan laluan sepanjang 665 kilometer itu sangat penting dalam memastikan pertumbuhan seimbang di antara kawasan-kawasan kurang membangun, termasuk Pahang, Kelantan, dan Terengganu.

“Sebab itu saya nyatakan kepada CCCC dan MRL supaya segerakan pelaksanaan projek ini dan kita akan beri segala kerjasama supaya pesatkan pertumbuhan dan kejayaan projek ECRL”, katanya ketika berucap di majlis pecah tanah Stesen ECRL Terminal Bersepadu Gombak, yang turut dihadiri Perdana Menteri China, Li Qiang.

Jika diimbas kembali sewaktu Anwar Ibrahim dan rakan-rakan menjadi pembangkang, mereka dahulu begitu lantang membantah pelaksanaan projek ECRL ini.

Dahulunya mereka galak mencanang bahawa projek ini adalah satu bentuk penjajahan China terhadap Malaysia dan mengatakan juga ia satu bentuk perangkap hutang yang dibuat oleh China. Namun hingga kini, dakwaan itu masih belum nampak kebenarannya.

Tidak cukup dengan itu, Rafizi Ramli juga pernah mengadakan sidang media di Parlimen dengan bertujuan untuk mengkritik pelaksanaan projek ECRL ini. Beliau mendakwa kerajaan perlu telus dalam menerangkan kepada rakyat berapa harga tiket untuk penumpang ECRL.

Selain itu, beliau juga mengkritik kerajaan di bawah pimpinan Najib Razak waktu itu kerana membenarkan kontraktor daripada China mengendalikan secara penuh projek ini termasuk kepakaran, tenaga kerja dan teknologi.

Ironinya, kerajaan pada bulan lepas telah memberikan kelulusan kepada syarikat China Communication Construction Company (M) Sdn Bhd (CCCC) untuk membawa masuk pekerja asing daripada luar negara untuk menjadi tenaga buruh di dalam projek East Coast Rail Link (ECRL). Kerajaan juga bersetuju untuk memanjangkan lagi masa kepada CCCC membawa masuk pekerja asing ini.

Ini menunjukkan bahawa kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim hanya cakap tidak serupa bikin dan lebih suka membangkang tanpa fakta yang jelas. Kerajaan kini juga hanya bijak “menunggang” projek mega yang dirancang oleh kerajaan terdahulu.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
BRICS

Kerajaan Wajar Bahaskan Di Parlimen Dahulu Jika Malaysia Ingin Sertai Pakatan BRICS

Next Post
blackrock

Presiden BERJASA Hadir Ke Rapat Umum Forum Tolak BlackRock

Related Posts