Malaysia Mahu Bina Sekolah, Masjid & Hospital Di Gaza Tetapi Ada Rakyat Malaysia Yang Bantah

malaysia gaza

Malaysia komited dengan hasratnya untuk membina sebuah sekolah, hospital dan masjid sebagai usaha untuk membangunkan Gaza, Palestin.

Komitmen itu ditegaskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengatakan usaha membangunkan semula Gaza ini akan dijalankan menerusi kolaborasi antara rakyat Malaysia dan sektor swasta.

Selain daripada penglibatan rakyat Malaysia, Kerajaan Jepun juga akan menyertai usaha pembangunan Gaza ini dengan kerjasam Malaysia

Hal ini susulan undangan Jepun terhadap Malaysia untuk menjadi pengerusi bersama dalam Persidangan mengenai Kerjasama antara Negara Asia Timur untuk Pembangunan Palestin (CEAPAD) yang memfokuskan kepada pembangunan Gaza.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam beberapa hari yang lepas memaklumkan bahawa Gaza memerlukan kos pembangunan sebanyak AS$1 trilion akibat banyak kemudahan awam seperti sekolah, hospital, rumah dan masjid dimusnahkan oleh rejim Zionis.

Namun begitu, di kala kerajaan berhasrat untuk membantu semula Gaza bangkit daripada perang wujud suara-suara sumbang daripada rakyat Malaysia yang membantah penyaluran dana dibuat kepada Gaza oleh kerajaan Malaysia.

Kononnya Anggap Pembangunan Gaza Oleh Malaysia Sebagai Pembaziran

Bantahan terhadap tindakan kerajaan Malaysia untuk pembangunan Gaza dapat dilihat di media sosial apabila golongan ini menyifatkan tindakan ini sebagai satu pembaziran.

Mereka mengatakan lebih baik diutamakan pembangunan di Malaysia yang didakwa masih lagi memerlukan bantuan daripada kerajaan.

Bantahan yang serupa juga disuarakan oleh bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz berkata tidak salah untuk membantu rakyat Gaza namun ada beberapa aspek yang perlu dipertimbangkan terlebih dahulu.

Beliau berkata masih ramai lagi rakyat Malaysia yang berada di bawah garis kemiskinan maka bantuan daripada kerajaan sepatutnya disalurkan kepada mereka.

Selain itu, beliau juga mengatakan Gaza merupakan tanah yang masih dalam pertikaian dan belum dimuktamadkan lagi pemilikannya sehingga badan penghakiman atau keputusan antarabangsa yang relevan mengeluarkan keputusan jelas.

Maka beliau menganggap tindakan membangunkan semula Gaza adalah sia-sia dan beliau sebenarnya tidak faham mengenai soal mempertahankan kedaulatan negara.

Gaza dan daerah sekitarnya daripada selatan dan utara di “negara” yang dipanggil sebagai Israel adalah hak milik rakyat Palestin.

Sejarah membuktikan peristiwa Nakba pada 1948 menjadi bukti kepada sahnya pendudukan rakyat Palestin di tanah mereka sendiri yang kemudiannya dihalau oleh pengganas Yahudi.

Amerika Syarikat (AS) di bawah Donald Trump mahukan AS menghentikan bantuan dana kepada Gaza maka adakah Rafidah mahu kerajaan mencontohi tindakan AS yang merupakan pembela terbesar Zionis?

Donald Trump juga mengeluarkan kenyataan yang serupa dengannya iaitu bantuan dihentikan untuk mengutamakan rakyat tempatan dahulu.

Rafidah sepatutnya tahu bahawa bantuan kepada rakyat tempatan tetap diteruskan dan langsung tidak dipinggirkan oleh kerajaan.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
jalan hang tuah

DAP Mahu Jalan Hang Tuah Dijenamakan Sebagai Jonker Walk

Next Post
china ai

China akan Menggantikan kepintaran buatan (AI) US?

Related Posts