Presiden BERJASA Persoal Pendirian Anwar Ibrahim Sokong Israel Pertahankan Diri

anwar ibrahim israel

Presiden BERJASA Zamani Ibrahim tampil mempersoalkan pendirian Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam konflik melibatkan Palestin apabila memberikan jawapan setuju untuk Israel mempunyai hak mempertahankan diri.

Jawapan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim itu boleh didengari secara jelas ketika wawancara bersama wartawan CNN Richard Quest baru-baru ini.

Presiden BERJASA melihat jawapan ini tidak sepatutnya dikeluarkan daripada mulut seorang Perdana Menteri Malaysia.

Jelas beliau, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mewakili negara Malaysia di pentas antarabangsa sepatutnya menolak kewujudan Israel di peta dunia apatahlagi mengiktiraf tindakan Israel mempertahankan diri.

Kenyataan yang dikeluarkan di mulut beliau itu adalah songsang dan bukannya mewakili rakyat Malaysia yang menolak kewujudan Israel.

Pendirian Anwar Ibrahim Terhadap Israel Tidak Jelas

Beliau berpendapat Anwar Ibrahim telah melakukan kesilapan dengan mengatakan Israel ada hak untuk mempertahankan diri daripada ancaman pejuang Palestin.

Jika benar Israel ada hak sekalipun, hanya terdapat satu hak sahaja untuk Israel iaitu hak untuk keluar daripada tanah Palestin yang berdaulat.

Israel adalah penjajah yang sudah berdekad lamanya menjarah tanah Palestin dan membunuh jutaan rakyat Palestin sejak 1948 lagi.

Mana mungkin untuk mengatakan penjajah ada hak mempertahankan diri kerana mereka telah merampas hak sebenar milik rakyat Palestin.

Membicarakan soal Sidang Kemuncak Luar Biasa Negara Arab-Islam yang akan membawakan perbincangan berkenaan nasib Gaza, beliau mengatakan memang selayaknya persidangan itu dinamakan sebagai “luar biasa” memandangkan kini sudahpun masuk hari ke-402 Palestin dibantai sejak 7 Oktober 2023.

Angka korban rakyat Palestin sudah berjumlah 43 ribu lebih dan wajar negara-negara Islam duduk semeja berbincang mengenai isu saudara segama dibantai dengan teruk di sana.

Mengakhiri kenyataannya, beliau juga berharap kerajaan Malaysia dapat menggencarkan lagi usaha untuk memberikan bantuan kewangan kepada rakyat Palestin.

Beliau berharap kerajaan dapat memberikan bantuan dalam jumlah wang yang besar memandangkan mereka mengalami kekurangan bekalan makanan dan perubatan.

Situasi di Gaza amat kritikal dan mereka amat memerlukan bantuan daripada negara-negara Islam untuk meringankan beban mereka di sana.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
kereta ev malaysia

Kereta EV Sebenarnya Belum Bersedia Dijual Di Malaysia

Next Post
palestin malaysia

Ahli Parlimen DAP Persoal Mengapa Malaysia Tidak Kecam Hamas Ketika Palestin Dibantai

Related Posts