Parti BERJASA Desak Kerajaan Serius Bertindak Terhadap Ancaman Kedaulatan Negara Malaysia

ancaman kedaulatan negara malaysia

Parti BERJASA mendesak kerajaan agar bertindak serius dalam menangkis segala serangan ataupun ancaman kedaulatan negara Malaysia yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

Kenyataan ini merujuk kepada laporan mengenai pendaratan 1,000 orang pelajar kadet laut China bersama 2 kapal perang di Pulau Pinang dan sentimen Islamofobia yang semakin terbuka ditonjolkan oleh sesetengah pihak yang membantah perlaksanaan RUU Mufti Wilayah.

Kedua-dua isu ini dilihat sebagai satu ancaman kepada kedaulatan negara dari segi keselamatan pertahanan negara dan agama persekutuan negara iaitu Islam.

Namun begitu Ketua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan Mohd Sharif dalam kenyataan media khas BERJASA meluahkan rasa kesalnya kerana kerajaan dilihat tidak begitu serius dalam merespon terhadap isu-isu ini.

Hal ini ditambah lagi dengan penganjuran dialog dua hala di antara Malaysia dan China berhubung pengurusan isu maritim di Laut China Selatan yang menampakkan kerajaan masih bertindak lemah untuk menjaga kepentingan negara di Laut China Selatan.

BERJASA melihat tiada kewajaran untuk dialog ini memandangkan kerana China sudah jelas berkali-kali menmceroboh sempadan kita di wilayah laut yang penuh konflik itu dan penganjuran ini seakan-akan kita masih berlembut dengan mereka.

Pertambahan Bajet Untuk Pertahanan Negara Penting Demi Kedaulatan Malaysia

Sempena pembentangan untuk bacaan pertama Belanjawan 2025, BERJASA amat menyambut baik inisiatif kerajaan dalam memperuntukkan sebanyak RM21.2 bilion bertambah daripada RM1.4 bilion seperti sebelum ini.

Pertambahan bajet ini sepatutnya sudah lama difokuskan oleh kerajaan kerana sudah banyak timbul isu mengenai aset negara yang sudah pun usang dan sudah ketinggalan dari sudut teknologinya.

Jika dibandingkan dengan negara jiran yang lain, Malaysia amat ketinggalan dari segi bilangan perolehan aset senjata maka wajar Kementerian Pertahanan memperoleh bajet yang begitu besar di kala konflik di Laut China Selatan semakin memanas.

BERJASA mengharapkan perolehan bajet yang besar untuk pertahanan negara ini dapat membolehkan kerajaan untuk berani bersuara dalam soal kepentingan Malaysia di Laut China Selatan.

Setiap negara mempunyai hak untuk menjaga sempadan negara masing-masing maka tidak salah untuk kerajaan bersikap tegas dalam melindunginya walaupun China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
warga china

Warga China Biadab Basuh Motorsikal Guna Bendera Malaysia

Next Post
gaji minimum

Dilema Kenaikan Gaji Minimum Di Malaysia

Related Posts