Bekas Ahli UMNO Sertai BERJASA

Kapar – Seramai 4 orang ahli UMNO menyatakan hajat untuk beralih ke BERJASA bagi mendapatkan nafas baharu politik yang lebih segar dan matang. Keputusan ini dibuat setelah melihat gagalnya UMNO sebagai sebuah parti keramat Melayu yang sebelum ini dilihat berprinsip menjaga hak orang Melayu namun sanggup bekerjasama dengan parti yang dahulunya menjadi lawan iaitu DAP dan PKR.

Dalam mendapatkan respon mereka, mereka menjelaskan bahawa keputusan ini telahpun dibuat dengan berfikir secara masak-masaknya walaupun sedar ianya bukan langkah yang popular apatah lagi menyertai parti kecil seperti BERJASA.

“Sudah sampainya kami keluar daripada parti UMNO dan mencari wadah politik lain. Kami yang sudah berusia ini ingin memulakan perjuangan yang baharu dan jelas dalam memperjuangkan kebenaran. Kami sebenarnya memang mencari alternatif parti lain yang kami ingin sertai tetapi tidak tahu parti mana yang sesuai”.

“Namun syukur ke hadrat Allah pihak BERJASA telah memberikan penerangan yang jelas kepada kami tentang agendanya dan kami memutuskan untuk menyertai BERJASA sebagai ahli tetap”, jelas mereka.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Luaskan Kuasamu BERJASA Pahang

Next Post

BERJASA Terima Reaksi Positif Bekas Ahli PAS

Related Posts