Perancangan kerajaan ingin melaksanakan DNS atau Domain Name System di Malaysia menjelang 30 September ini seperti yang dimaklumkan oleh Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil nyata mengundang kritikan orang ramai.
Fahmi Fadzil dalam kenyataannya bertegas bahawa pelaksanaan DNS itu di Malaysia nanti dibuat bagi mengekang atau menghalang akses ke laman web berbahaya terutama melibatkan pornografi dan perjudian dalam talian.
Dalam masa yang sama juga, kerajaan tidak berhasrat untuk tidak berhasrat mengenakan sebarang sekatan atau merangka dasar membabitkan pencipta kandungan audio siar atau podcast.
Namun begitu, pemerhatian yang dibuat oleh kami mendapati masih ramai pihak yang tidak mengetahui secara tepat tentang apakah itu sebenarnya DNS.
Apa Itu DNS?
DSN ialah sistem yang berfungsi untuk menukarkan nama domain menjadi alamat IP (Internet Protocol) yang dapat dibaca oleh komputer.
Nama domain seperti google.com lebih mudah diingat manusia tetapi komputer berkomunikasi melalui alamat IP seperti 172.217.0.46.
Oleh itu, DNS bertindak sebagai ‘penterjemah’ antara nama domain yang manusia gunakan dan alamat IP yang digunakan oleh komputer.
Mungkin ada sebahagian pembaca yang sukar untuk memahami tentang DNS kerana ia merupakan salah satu bidang dalam teknologi komunikasi maka penulis akan menerangkannya dengan menggunakan analogi yang mudah.
Bayangkan anda ingin menghubungi seorang rakan bernama Ali tetapi anda tidak tahu nombor telefonnya.
Anda tahu namanya tetapi tanpa nombor telefon anda tidak boleh membuat panggilan maka di sini pentingnya penggunaan buku telefon.
Oleh itu, anda membuka buku telefon dan mencari nama Ali. Dalam buku itu, anda jumpa nama Ali, di sebelahnya tercatat nombor telefonnya.
Sekarang, anda boleh menggunakan nombor tersebut untuk menghubungi Ali dengan adanya nombor telefon sebagai panduan.
Dalam dunia internet, DNS berfungsi seperti buku telefon ini yang mana nama domain (seperti google.com) adalah seperti nama Ali dan alamat IP (seperti 172.217.0.46) adalah seperti nombor telefon.
Komputer tidak tahu berhubung melalui nama domain sahaja maka jadi DNS mencari “nombor telefon” (alamat IP) untuk domain yang anda ingin akses.
Hal ni bermakna anda masukkan nama domain dalam pelayar sama seperti anda mencari nama Ali dalam buku telefon.
Kemudian, pelayar akan menghantar permintaan kepada DSN serves yang mana ia sama seakan anda membuka buku telefon untuk mencari nombor telefon Ali.
DNS server mencari alamat IP yang sesuai seperti anda mencari nama Ali dalam buku telefon dan mendapatkan nombor telefonnya.
Anda sudah tahu nombor Ali dan terus membuat panggilan kepadanya sama seperti pelayar menerima alamat IP.
Akhirnya, anda dapat mengakses ke laman web sama seperti anda menggunakan nombor telefon Ali untuk membuat panggilan dan pelayar menggunakan alamat IP untuk berhubung ke pelayan web yang anda ingin akses.
Apakah Yang Akan Berlaku Selepas Perlaksanaan DNS Di Malaysia?
Hal ini tidak dinafikan bahawa perlaksanaan DSN di Malaysia dapat membantu melindungi pengguna daripada laman web yang terlibat dalam jenayah siber, penipuan atau penyebaran ideologi ekstremis.
Malahan ia juga dapat menyekat akses kepada kandungan yang tidak sesuai, seperti pornografi atau laman yang mempromosikan kebencian dan keganasan.
Namun begitu, perkara ini tetap tidak boleh menolak sebarang kemungkinan bahawa kerajaan akan menyalahgunakan langkah perlaksanaan ini untuk menyekat kebebasan bersuara di Malaysia.
Jika sistem DNS terlalu dikawal, ia boleh mengekang kebebasan bersuara dan menghalang akses kepada maklumat terutama yang kritikal terhadap pihak berkuasa.
Langkah ini akan menjadi drakonian kerana bersifat terlalu menekan sehingga mengancam untuk mengenakan hukuman yang berat kepada individu yang tidak selari dengan kerajaan.
Bukan itu sahaja malahan DNS boleh digunakan untuk memantau aktiviti pengguna di internet yang mungkin membawa kepada isu pelanggaran privasi.
Hal ini akan menjurus kepada kemungkinan pihak berkuasa atau kerajaan boleh menggunakan sistem ini untuk menyekat akses kepada laman web atau platform yang membolehkan rakyat membincangkan isu-isu politik atau sosial yang sah.
Jika Malaysia memilih untuk melaksanakan DNS dengan tujuan untuk mengawal akses kepada maklumat secara meluas, mengekang kebebasan internet, atau memantau aktiviti pengguna dengan ketat, ia boleh dianggap sebagai drakonian.
Maka kerajaan sepatutnya memperhalusi terlebih dahulu sebelum melaksanakannya secara meluas bagi memastikan ia tidak bersifat menekan terhadap rakyat.