Ada Pihak Bantah RUU Mufti Wilayah Kerana Khuatir Malaysia Jadi Negara Islam

ruu mufti wilayah

Khuatir Malaysia akan menjadi sebuah negara Islam menjadi alasan beberapa pihak membantah RUU Mufti Wilayah untuk disahkan sebagai undang-undang di Malaysia.

Mereka mendakwa RUU Mufti Wilayah ini merupakan serangan halus kepada sistem sekular di negara ini.

Dakwaan yang dibuat oleh pihak tersebut agak melampau kerana RUU ini hanya akan memperkukuh institusi kefatwaan di Wilayah Persekutuan Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan.

Malaysia lagipun sememangnya dikenali sebagai sebuah negara yang mengamalkan sebahagian pemerintahan Islam dengan diterajui oleh pemimpin beragama Islam namun ia tidak mengenepikan hak-hak rakyat yang beragama lain selain Islam.

Mereka memberikan gambaran seolah-olah penguatkuasaan agama di Malaysia ini sebagai satu ancaman yang besar kepada rakyat Malaysia khususnya bukan Islam.

Sangkaan Terhadap RUU Mufti Wilayah Berniat Jahat Dan Tidak Tepat

RUU Mufti Wilayah ini masih belum dibentangkan untuk bacaan kedua dan ketiga yang dijangka dibuat di Parlimen bermula 14 Oktober nanti oleh Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar.

Namun begitu, sudah ada suara sumbang yang membantah RUU ini dengan mendakwa ia bersifat drakonian iaitu ingin mengekang pengamalan kebebasan beragama di Malaysia.

Dakwaan RUU ini benar-benar akan menjadikan masyarakat bukan Islam kurang bebas bergantung pada butiran terperinci perundangan tersebut.

Dalam konteks Malaysia, kebebasan beragama adalah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan maka mana-mana undang-undang yang digubal harus menghormati prinsip tersebut untuk memastikan hak-hak semua warganegara termasuk yang bukan Islam tetap terpelihara.

Masalahnya kini adalah mereka belum membaca secara penuh mengenai terperinci RUU itu dan terus membuat kesimpulan awal terhadap RUU ini dengan memberikan gambaran yang buruk.

Jelas bahawa mereka memang mempunyai niat jahat dengan mengeluarkan hujah yang agak mengarut dan dangkal.

Bukti Islamofobia Wujud Di Malaysia

Isu ini menampakkan dengan jelas bahawa sentimen Islamofobia sebenarnya wujud di Malaysia sedangkan Malaysia adalah sebuah negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam.

Berbeza dengan Islamofobia yang wujud di luar sana apabila ia disebarkan secara meluas di negara-negara yang mempunyai penduduk Islam yang agak minoriti jumlahnya.

Akhirnya ia akan menimbulkan persoalan di manakah kelemahannya sehingga sentimen ini sudah berani untuk disebarkan di Malaysia?

Tinggal di negara yang diperintah oleh pemerintah yang beragama Islam dan kewujudan institusi Islam tidak mematahkan agenda mereka untuk menyebarkan kebencian terhadap Islam.

Mereka menganggap seakan-akan Islam ini sebagai sesuatu yang ‘jahat’ dan wajar tidak diberikan kelebihan secara meluas di Malaysia.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
tentera laut china di pulau pinang

BERJASA Kesal Kandungan Gambar Artikel Isu Pendaratan Tentera Laut China Di Pulau Pinang Dipadam Tik Tok

Next Post
negara maju

Bolehkah Malaysia Menjadi Negara Maju Menjelang 2025?

Related Posts