Makin Menjadi, Seorang Warga China Di Malaysia Didapati Bersalah Cemari Sungai

RAWANG – Pembongkaran demi pembongkaran mengenai kegiatan warga China di Malaysia terus didedahkan dan terkini seorang warga China berusia 42 tahun didapati bersalah melepaskan buangan bahan kimia berhampiran loji rawatan di Rawang, Selangor, Malaysia.

Tindakan warga China itu telah menyebabkan gangguan bekalan air secara besar-besaran di Lembah Klang, Selangor dan didakwa membuang bahan kimia dalam perairan daratan berhampiran kawasan perindustrian Jalan Kampung Orang Asli, Kuang, pada 23 Julai lalu.

Lelaki berkenaan yang tidak dinamakan itu berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 25(3), Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2024 (AKAS) dan dibaca bersama Seksyen 25(1), Akta yang sama dan boleh dipenjara lima tahun dan denda antara RM50,000 hingga RM10 juta jika sabit kesalahan.

Apa-apa pun yang berlaku, ini lah impak yang terjadi apabila membiarkan warga China bebas melakukan apa-apa pun kegiatan tanpa pemantauan.

Sebelum ini, terdapat laporan yang mengatakan mereka mendalangi sindiket ‘scam‘ dan penyeludupan rokok di Malaysia. Kini mereka semakin berani pula melanggar undang-undang negara dan bertindak secara sewenang-wenangnya.

Keadaan akan bertambah makin teruk jika kemasukan warga China ke Malaysia tidak dikawal secara ketat.

Kerajaan sepatutnya melakukan penapisan yang ketat terhadap mana-mana warga asing yang ingin datang ke Malaysia. Selain daripada warga China, sudah banyak laporan lain yang melaporkan kegiatan jenayah yang didalangi oleh warga asing lain sehingga mengancam nyawa warga tempatan.

Jika keadaan ini tidak dikawal, jangan hairan suatu hari nanti mereka makin berani dan bermaharajela untuk melakukan apa-apa kegiatan jenayah di Malaysia.

Sebelum ini, isu kedatangan warga China yang masuk Malaysia menjadi semakin panas apabila dilaporkan jumlah warga China yang masuk dan menetap di Malaysia telah hampir dua kali ganda.

Pengarah Institut Kajian China di Universiti Malaya, Ngeow Chow Bing menyatakan kepada Financial Times bahawa kini terdapat 150,000 hingga 200,00 warga China di Malaysia, berbanding kira-kira 82,000 pada tahun 2022.

Kerajaan hanya melihat mereka ini sebagai potensi untuk mendatangkan keuntungan kepada negara namun gagal mengesan impak negatif daripada limpahan kemasukan mereka secara beramai-ramai ini.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tesla Batal Rancangan Buka Kilang Di Malaysia, Tanda Untuk Malaysia Tidak Perlu Bergantung Pada FDI

Next Post

Olimpik Malaysia: Pegawai Sukan ‘Dinosour’, Integriti Dan Pelapisan Atlet Hiasi Topik Sukan Olimpik Malaysia

Related Posts