Warga China Masuk Ke Malaysia Bukan Sahaja Untuk Belajar Tetapi Juga Seludup Rokok

PUTRAJAYA – Laporan Financial Times yang melaporkan jumlah kemasukan warga China yang masuk ke Malaysia meningkat dua kali ganda dalam tempoh tiga tahun nyata mengejutkan ramai pihak.

Laporan itu mendakwa faktor peluang pendidikan yang luas terbentang terutamanya keterbukaan institusi pengajian tinggi di sini menerima pelajar China menjadi faktor terbesar mereka datang ke Malaysia.

Namun begitu, kedatangan mereka ke sini juga dicemari dengan kegiatan haram apabila baru-baru ini Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menahan dua warga China yang didapati menjalankan kegiatan menjual rokok seludup kepada pelancong China yang berkunjung ke Genting Highlands, Pahang.

Kedua-dua suspek yang berumur 45 tahun dan 32 tahun itu didapati menyeludup rokok pelbagai jenama daripada China dan dijual dengan harga RM20 hingga RM30 sekotak.

Serbuan itu telah merampas 111 kotak rokok, 102 karton rokok pelbagai jenama yang disyaki diseludup secara haram. Menurut pihak JIM, operasi perniagaan haram ini sudah berjalan beroperasi selama lima bulan.

Tidak mustahil warga China lain yang masuk ke Malaysia ini menjalankan aktiviti jenayah yang lebih berat lagi termasuk melibatkan keselamatan negara.

Hal ini dapat dibuktikan melalui penahanan warga China seorang lelaki warga China yang dipercayai sebagai ketua sindiket ‘Macau Scam’ pada tahun 2020.

Bukan itu sahaja malahan laporan daripada Cyberscoop pada tahun 2020 juga melaprkan bahawa terdapat pasukan perisikan daripada China melakukan intipan terhadap kerajaan Malaysia dalam usaha untuk meluaskan pengaruh kuasa di rantau Asia Tenggara.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Jumlah Warga China Masuk Malaysia Meningkat Dua Kali Ganda

Next Post

Ketua SUHAKAM Baharu Cadang Malaysia Ratifikasi ICERD Sebelum Terlambat

Related Posts