Olimpik Malaysia: Pegawai Sukan ‘Dinosour’, Integriti Dan Pelapisan Atlet Hiasi Topik Sukan Olimpik Malaysia

sukan olimpik malaysia

Sukan Olimpik Paris 2024 telah melabuhkan tirainya semalam dengan kontinjen Olimpik Malaysia mencatatkan kutipan dua pingat gangsa melalui sukan badminton acara perseorangan dan beregu.

Walaupun Malaysia gagal mengutip pingat emas sulung di dalam acara Olimpik, kita tidak boleh menafikan semangat perjuangan atlet dalam menghadiahkan kemenangan untuk dibanggakan oleh rakyat Malaysia.

Namun begitu, semangat perjuangan atlet di dalam Olimpik kali ini telah dicemari dengan kontroversi dalaman yang mungkin menjadi salah satu faktor kepada terjejasnya prestasi atlet di dalam Olimpik edisi kali ini.

Pegawai Sukan ‘Dinosour’ Yang Tidak Sebulu Dengan Atlet

Pemilihan Datuk Hamidin Mohd Amin sebagai Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia untuk Sukan Olimpik Paris 2024 telah mencetuskan persoalan orang ramai yang melihat beliau langsung tidak sesuai untuk menjawat jawatan tersebut.

Hal ini bersandarkan kepada kegagalan beliau sebagai Presiden FAM dalam menaikkan mutu bola sepak di Malaysia. Terbaharu, peletakan jawatan Kim Pan Gon sebagai jurulatih skuad bola sepak Malaysia menampakkan lagi betapa berkecamuknya pengurusan FAM di bawah pentadbiran beliau.

FAM juga sebelum ini gagal merealisasikan projek Peta Hala Tuju F:30 yang menunjukkan pasukan bola sepak Malaysia lelaki dan perempuan serta futsal gagal mencapai tahap pencapaian yang baik. Jika ada pun, FAM hanya boleh berbangga dengan pencapaian skuad bola sepak Malaysia yang layak ke Piala Asia 2023.

Sebelum berlangsungnya Sukan Olimpik 2024, beliau dilihat pernah mengeluarkan kenyataan yang agak kasar kepada pemain perseorangan badminton, Lee Zi Jia yang secara terbuka ingin menegur pemain itu di hadapan medias selepas didapati pemain itu menolak program Road To Gold (RTG).

Selain itu juga, sumber lain ada mengatakan beliau telah menolak permohonan Lee Zi Jia untuk membawa ahli fisioterapi dan rakan sepelatih ke Olimpik Paris. Namun, penolakan permohonan itu dijelaskan tanpa adanya alasan kukuh.

Itu tidak kira lagi dengan kegagalan beliau untuk memenuhi pemain badminton perseorangan wanita, Goh Jin Wei untuk membawa jurulatih ke sana.

Drama yang terjadi sebelum berlangsungnya Olimpik Paris ini menunjukkan betapa bermasalahnya beliau untuk menguruskan kontinjen Olimpik Malaysia sehingga menjejaskan moral atlet.

Integriti Pegawai Sukan Yang Tercemar Dan ‘Busuk’

Pendedahan satu gambar yang memaparkan gambar seorang remaja lelaki dan seorang wanita di sebelah tempat duduk Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Norza Zakaria nyata mencetuskan kekecohan di kalangan rakyat Malaysia.

Dua individu tersebut didapati merupakan anak dan isteri kepada Tan Sri Norza Zakaria dan isu ini seakan menambahkan lagi api di dalam kalangan rakyat Malaysia yang masih terkesan dengan permohonan Lee Zi Jia dan Goh Jin Wei yang ditolak untuk membawa tenaga sokongan ke Paris.

Di kala negara sedang berjuang mempertaruhkan maruah di pentas antarabangsa, pihak pengurusan tertinggi lebih memilih untuk mengutamakan keluarga berbanding keperluan atlet negara sendiri.

Hal ini menampakkan integriti beliau sebagai Presiden MOM tercalar kerana gagal menyokong mental atlet malahan sebaliknya iaitu memilih untuk membawa keluarganya ke Paris.

Pogram Pelapisan Atlet Yang Gagal Dirancang Oleh Kerajaan

Kesilapan teknikal yang dilakukan oleh Dato’ Azizulhasni Awang dalam acara keirin trek basikal sehingga disingkirkan daripada pertandingan menyebabkan beliau dikecam oleh rakyat Malaysia.

Kecaman yang dilontarkan tidak sepatutnya diterima oleh beliau selaku atlet yang banyak mengorbankan masa dan tenaga di peringkat antarabangsa selama puluhan tahun.

Malaysia seakan menekan kudrat beliau yang berusia 36 tahun untuk mencapai pingat emas sedangkan lawannya rata-rata berumur 20 tahun hingga 27 tahun.

Isu ini sepatutnya dilihat sebagai satu kegagalan kerajaan terutamanya Kementerian Belia dan Sukan untuk merangka program bagi melahirkan atlet pelapis yang bersedia untuk beraksi di peringkat tertinggi.

Kerajaan dilihat gagal untuk mengangkat sukan ke peringkat yang lebih tinggi seperti negara serantau lain seperti Thailand, Indonesia, Filipina dan Vietnam yang sudah pun mendapat pingat emas di dalam Sukan Olimpik.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh sepatutnya sedar bahawa prestasi Malaysia di dalam Sukan Olimpik kali ini adalah paling terburuk berbanding edisi yang lain kerana hanya menduduki tangga ke 80 sahaja setanding negara Grenada, Puerto Rico dan Peru yang ada kekurangan akses kemudahan sukan untuk rakyat mereka.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
warga china di malaysia

Makin Menjadi, Seorang Warga China Di Malaysia Didapati Bersalah Cemari Sungai

Next Post
sumber nadir bumi malaysia

Apakah Itu Sumber Nadir Bumi & Manfaatnya Di Malaysia?

Related Posts