Hamas Gesa PBB Benarkan Kemasukan Bahan Api, Bagi Meneruskan Operasi Hospital

GAZA, 29 Rabiulakhir 1445H, Isnin – Gerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat antarabangsa untuk segera campur tangan bagi membawa bahan api ke Semenanjung Gaza.

Langkah itu bagi meneruskan kembali operasi di hospital-hospital di wilayah tersebut.

Kenyataan itu sebagai maklum balas kepada dakwaan tentera rejim pengganas yang mendakwa Hamas enggan menerima bahan api untuk kegunaan Hospital Al-Shifa di Gaza.

Terdahulu jurucakap rejim Zionis, Avichay Adree mendakwa, Israel telah membekalkan 300 liter bahan api kepada hospital itu namun Hamas enggan menerimanya.

Hamas menyangkal dakwaan tersebut malah menyifatkan ia sebagai pembohongan besar.

“Hamas tidak terlibat dalam pengurusan Hospital Al-Shifa dan tidak terbabit dalam membuat keputusan, ia tertakluk sepenuhnya kepada Kementerian Kesihatan Palestin yang menguruskan hal ehwal pentadbiran dan teknikal,” katanya.

Menurutnya, tawaran yang dibuat oleh Zionis itu hanya propaganda murahan dan cubaan untuk menyembunyikan jenayahnya terhadap kemanusiaan, pengeboman hospital, pembunuhan kakitangan perubatan dan membahayakan nyawa pesakit dengan memotong bekalan air, bahan bakar dan ubat-ubatan daripada mereka.

“PBB dan masyarakat antarabangsa perlu campur tangan segera membawa bahan api ke Semenanjung Gaza untuk mengendalikan hospital.

“Ia demi menyelamatkan pesakit dan kanak-kanak yang cedera selain menghentikan pelanggaran undang-undang antarabangsa yang sedang berlaku secara terang-terangan ini,” katanya.

Sumber: Ismaweb, Agensi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Hakikat Sebenar Two-State Solution

Next Post

Negara Arab wajar dikecam tolak usul OIC

Related Posts