Teresa Kok ‘Lebih Pandai’ Daripada Prof Teo Kok Seong

teresa kok

BANGI – Teresa Kok bercakap lebih kepada persepsi manakala Prof Emeritus Datuk Dr. Teo Kok Seong berhujah dengan fakta dalam mengulas isu sekolah vernakular. Hal ini menampakkan Teresa Kok lebih mementingkan persepsinya berbanding hujah akademik untuk berdebat dengan Prof Emeritus Datuk Dr. Teo Kok Seong.

Bagi orang yang bijak, fakta adalah lebih penting berbanding persepsi kerana fakta mempunyai data dan keabsahan dalam kebenarannya. Persepsi pula lebih kepada emosi dan hujah kosong sahaja.

Presiden BERJASA, Zamani Ibrahim menempelak tindakan Teresa Kok yang mengecam kenyataan Prof Emeritus Datuk Dr. Teo Kok Seong berhubung isu sekolah vernakular. Teresa Kok dilihat terlampau beremosi sehingga meminta pihak berkuasa menyiasat beliau di atas kenyataan tersebut.

“Teresa Kok sebagai seorang ahli Parlimen sering bermain dengan persepsi dalam pentas politik manakala Prof Datuk Dr. Teo Kok Seong merupakan seorang ahli akademik yang bercakap berpandukan pada fakta. Jadi semestinya sumber berdasarkan fakta itu lebih dipercayai”.

“Saya lihat bukan Teresa Kok sahaja yang suka bermain dengan persepsi malahan kerajaan Madani juga jadikan persepsi sebagai mainan politik mereka”.

“Dahulu digembar gemburkan mengenai lawatan Dato Seri Anwar Ibrahim ke China yang berjaya membawa masuk RM172 billion melalui 19 MoU sehingga direkodkan sebagai pelaburan paling terbesar dalam sejarah. Ia dilihat sebagai persepsi dan apabila dibandingkan dengan lawatan Dato’ Sri Najib Razak ke China, beliau juga telah melakukan 14 MoU dengan hasil kejayaan membawa masuk RM145 billion. Maka saya kedua-dua kejayaan ini lebih kurang sama sahaja tetapi kerajaan sekarang cuba membawa persepsi mereka yang bawa pelaburan paling besar dalam sejarah”, tegas beliau.

Hal ini sama juga dengan RM329 billion nilai pelaburan yang berjaya dibawa masuk oleh kerajaan namun sebenarnya nilai bersih pelaburan yang berjaya masuk ke Malaysia adalah sebanyak RM39 billion sahaja. Berbanding pada 2022 iaitu RM78 billion yang telah diluluskan daripada RM308 billion.

Kerajaan hanya bijak bermain persepsi sehingga tidak melihat realiti yang berlaku. Dengan isu kenaikan harga sayur dijangka sebanyak 25%, kenaikan harga barang dan beras Madani yang masih belum tersedia di bekalan pasaran, situasi yang berlaku ini lebih teruk daripada persepsi yang mereka lontarkan.

Tambah beliau, kerajaan sepatutnya terbuka menerima fakta daripada terus hanyut dengan persepsi kerana ini akan merugikan negara sahaja. Tindakan Teresa Kok itu akan memberikan imej yang kurang baik kepada kerajaan kerana cuba menutup kritikan dan kelemahan kerajaan.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
nga kor ming tiong king sing

Nga Kor Ming & Tiong King Sing Didesak Letak Jawatan

Next Post
dewan perhimpunan cina

Adakah Dewan Perhimpunan Cina Derhaka Terhadap YDPA?

Related Posts