UMNO Jangan Guna Istilah ‘Ijtihad Politik’

Puchong – Kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Hasan sewaktu berucap di dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini bahawa kerjasama antara UMNO dengan Pakatan Harapan (PH) adalah sebagai satu ijtihad politik dilihat agak kurang tepat dan menimbulkan salah faham yang besar.

Penggunaan ijtihad politik dalam kenyataan tersebut seakan-akan ingin menampakkan kerjasama politik ini adalah dibenarkan dan boleh diterima oleh orang Melayu.

Presiden BERJASA, Ustaz Zamani Ibrahim menganggap pengunaan istilah itu tidak lain dan tidak bukan hanya ingin mengambarkan ia serasi dengan syarak dan syariat di atas nama ijtihad politik itu sendiri.

Beliau berkata, kerjasama antara UMNO dan PH yang memiliki parti DAP sebagai parti komponennnya tidak sesuai menggunakan istilah ijtihad politik kerana ianya tidak boleh boleh terungkai daripada hujah syarak.

“Syarak meletakkan sekurang-kurangnya tiga perkara yang perlu diraikan oleh pimpinan UMNO dalam menggambarkan ia sebagai ijtihad politik. Yang pertama, UMNO mesti dominan apabila bekerjasama bersama PH. Namun persoalannya adakah UMNO dominan atau DAP yang dominan sekarang? Bagi saya DAP masih lagi dominan. Kedua, kita perlu melihat kerjasama itu perlu menguntungkan Islam bukan menguntungkan peribadi. Ini bermaksud ia perlu membawa kepada keuntungan orang Melayu dan Islam. Tetapi sekarang tidak ada langsung keuntungan daripada kerjasama itu untuk orang Melayu dan Islam. Sebaliknya, mereka mengajak orang Melayu mengundi calon DAP pada PRN akan datang. Terakhirnya, DAP itu sendiri jangan menjadi sebuah parti yang benci kepada Islam. Maknanya dia perlu menyokong Islam namun sekarang ini adakah kita pernah DAP mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam? Malahan mereka terus konsisten dengan dasar Malaysian Malaysia yang ingin membawa Malaysia kepada sebuah negara yang sekular”.

“Jadi ketiga-tiga syarat itu tidak sesuai pada istilah ijtihad politik. Oleh itu, saya menyeru kepada beliau dan semua ahli pimpinan UMNO bahawa jangan guna ijtihad politik seolah-olah ingin menampakkan Islamik. Sepatutnya, gunakanlah istilah helah politik. Kerjasama antara UMNO dan PH ini sebenarnya adalah satu pendekatan helah politik”, tegas beliau.

Tambah beliau lagi, beliau melihat UMNO sudah mula lunak dengan istilah-istilah yang Islamik seperti mana sebelum ini Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menggunakan istilah pendekatan mudarat yang ringan berbanding mudarat yang berat untuk menggambarkan kerjasama UMNO-PH ini.

“Saya ingin mempersoalkan mudarat itu siapa yang tanggung? Jangan mudaratnya ringan kepada UMNO tetapi berat ditanggung oleh orang Melayu dan Islam.”

“Orang Melayu terpaksa menanggung beban yang berat apabila wujudnya kerjasam UMNO-PH ini maka kenyataan Zahid Hamidi itu langsung tidak kena kerana mudarat ringan itu mesti ringan kepada ummah dan orang Melayu”, jelas beliau.

Beliau menyeru agar UMNO teliti terlebih dahulu dengan penggunaan istilah-istilah yang Islamik ini agar tidak menimbulkan salah faham kepada orang ramai.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Pemuda BERJASA, Isma Aiman

Kerajaan Perlu Serius Dengan Kesan Nilai Ringgit Menurun

Next Post
Ketua Pemuda BERJASA, Fahmi Bazlan

DAP Konsisten Menyentuh Sensitiviti Umat Islam

Related Posts