SHAH ALAM – BERJASA melihat Nga Kor Ming dan Tiong King Sing sudah melampaui batas apabila kedua-duanya dilihat cuba bermain api dalam isu penghinaan terhadap kalimah Allah. Mereka berdua dilihat senada dengan memperlekehkan sensitiviti umat Islam di Malaysia.
Mereka berdua seakan-akan secara sengaja tidak cakna langsung dengan isu ini dengan lebih mementingkan tentang kerjasama politik dan ekonomi berbanding keharmonian kaum. Sebelum ini juga mereka yang menggesa kepada kepentingan kaum untuk bersatu padu tetapi gesaan itu seakan hilang apabila sensitiviti orang Melayu ditekan dan dicabul secara tidak terhormat.
Ketua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan secara keras mengutuk tindakan dua orang menteri tersebut yang secara jelasnya menunjukkan sisi perkauman mereka terhadap orang Melayu. Beliau menganggap mereka berdua langsung tidak layak untuk menjadi pemimpin atas sikap kurang sensitiviti mereka.
“Saya ingin memberikan amaran kepada mereka berdua bahawa anda berdua lah yang merupakan ejen perosak kepada keharmonian kaum di Malaysia sehingga menimbulkan suasana kacau bilau”.
“Kalian berdua tidak layang langsung untuk memegang jawatan menteri. Lebih layak anda berdua berdiam daripada terus menyalak membuka pekung sendiri”, tegas beliau.
Sebelum ini, Nga Kor Ming dan Tiong King Sing masing-masing menyelar tindakan Akmal Salleh untuk memboikot pasar raya KK Mart yang dilihat hanya akan merugikan ekonomi orang tempatan sahaja dan ia lebih kepada polemik perkauman.