Adakah Dewan Perhimpunan Cina Derhaka Terhadap YDPA?

dewan perhimpunan cina

SHAH ALAM – Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan pihak polis untuk menggugurkan serta merta siasatan ke atas kedai serbaneka KK Mart susulan isu stoking bercetak kalimah Allah. Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor dalam kenyataannya berkata siasatan itu satu tindakan yang diluar batasan kerana mendakwa KK Mart sudah membuat permohonan maaf.

Mereka juga berkata bahawa tindakan penguatkuasaan yang berlebihan daripada pihak penguatkuasa akan memburukkan lagi keadaan dengan timbulnya ketidakharmonian dalam masyarakat.

Ketua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan Mohd Sharif berkata tindakan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor ini seakan ingin mencampuri urusan pihak penguatkuasa iaitu PDRM. Beliau tegaskan sepatutnya mereka tidak perlu cuba menegak benang yang basah dalam membela kumpulan mereka ini.

Tegas beliau lagi, keputusan PDRM adalah muktamad dan sepatutnya tiada mana-mana pun pihak yang dibenarkan untuk mempengaruhi keputusan mereka. PDRM menjalankan perintah atas arahan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dan YDPA sendiri pun meluahkan rasa murkanya atas isu yang berlaku ini.

“Jika mereka ingin membantah keputusan PDRM itu, ini bermakna mereka juga tidak setuju dengan titah YDPA yang menitahkan untuk PDRM menyiasat perkara ini. Mereka seakan ingin mewujudkan perseteruan terhadap YDPA dan ini satu tindakan yang derhaka terhadap pemimpin tertinggi negara”, kata beliau.

Beliau menyeru agar pihak PDRM dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk tidak tunduk kepada mana-mana desakan dan lobi yang meminta kes ini untuk digugurkan tidak kira daripada pemimpin Cina ataupun Melayu.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
teresa kok

Teresa Kok ‘Lebih Pandai’ Daripada Prof Teo Kok Seong

Next Post
boikot

Boikot Produk Taikun Anti-Islam – Presiden BERJASA

Related Posts