Shah Alam – Pengenalan kepada cadangan subsidi secara bersasar hangat diperkatakan di kala negara berdepan dengan krisis ekonomi yang seterusnya berkemungkinan boleh menjejaskan kesejahteraan perbelanjaan negara memandangkan kerajaan menjangkakan subsidi yang ditanggung tahun ini sebanyak RM81 billion. Antara kaedah subisidi secara bersasar yang popular diajukan untuk kerajaan laksanakan ialah menggunakan kad subsidi khas untuk pelaksanaan subsidi bersasar kepada golongan B40 dan M40 seperti yang dicadangkan oleh Data Sonic Corporation.
Cadangan tersebut disambut dengan baik oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang berkata mereka akan menetapkan hanya mereka yang mempunyai pengenalan diri (ID) dan disahkan layak boleh membeli minyak masak paket bersubsidi. Mungkin kaedah ini akan dilaksanakan secara berperingkat untuk pembelian barangan di dalam kumpulan harga kawalan pula.
Ketua Pemuda BERJASA, Fahmi Bazlan pula memberikan pandangan yang berbeza kerana melihat kerajaan sepatutnya memfokuskan kepada perkara lain seperti mengetatkan akta mengekang salahguna dan penyeludupan minyak masak kepada pihak yang tidak sepatutnya menerima manfaat tersebut. Pendapat beliau ini selari dengan penganalisis ekonomi dari Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF), Profesor Dr Baharom Abdul Hamid yang berkata tindakan itu dikhuatiri berkemungkinan akan mewujudkan peluang untuk pihak tertentu melakukan kegiatan pasaran gelap.
Fahmi Bazlan berkata, agensi berkaitan sepatutnya memastikan setiap garis panduan dan jualan subsidi yang disediakan kerajaan benar-benar wujud dipasaran dan direkodkan dengan data laporan. Sekiranya situasi yang lemah dalam penguatkuasaan dan kawal selia yang lemah ini berterusan, subsidi kerajaan hanya akan tinggal pada nama dan terus dimanipulasi oleh pihak pembekal yang gagal memenuhi keperluan rakyat dan aspirasi kerajaan.
“Rantaian pengeluar dan pembekal sehingga peruncit perlu dilakar semula agar kita dapat mengenalpasti di manakah kelompongan itu wujud tetapi sebaliknya pula yang berlaku. Sekarang ini seolah-olah agensi yang sedia ada sudah tidak mampu berfungsi malahan kementerian yang berkaitan juga gagal dalam melaksanakan tanggungjawab mengurus hasil negara untuk menjadi manfaat bersama”.
“Jika begini maka lebih baik diwujudkan jsatu awatankuasa khas atau badan bertindak bg membanteras sindiket yang menyebabkan minyak subsidi hilang di pasaran”, tegas beliau.
Isu minyak masak ni sepatunya tak berlaku, kerana Malaysia negara pengeluar minyak masak untuk kegunaan dalam negara dan eksport ke luar negara. Subsidi bersasar ini sebenarnya akan merumitkan lagi keadaan kerana rakyat sudah cukup menderita dengan isu beras sekarang ditambah pula terpaksa berdepan dengan isu minyak sedangkan minyak masak sudah dikira sebagai keperluan asas dalam setiap isi rumah.
Beliau menjangkakan seolah-olah ada cubaan untuk membawa negara kepada ekonomi tanpa subsidi. Pasaran bebas yang membenarkan cukai dan harga tidak terkawal sebenarnya menguntungkan golongan kapitalis.
Bagi beliau juga, isu ini seakan serupa dengan model yang dibawa oleh IMF untuk melihat negara-negara anggotanya tidak terlalu masuk campur dalam urusan ekonomi mengikut model ekonomi Keynessian.
“Jika benar dasar IMF itu sedang dilaksanakan saya tidak pelik akan datang rakyat Malaysia terpaksa membuat pinjaman untuk membeli keperluan asas, bahkan sekadar untuk makan sesuap nasi”, ujar beliau menamatkan temu bual bersama Gelombang BERJASA.