BANGI – Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok telah melabel Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong sebagai rasis dan pemutar belit fakta. Teresa Kok juga menggesa agar PDRM mengambil tindakan terhadap Prof Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong.
Hal ini susulan Prof Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong mengatakan orang Cina tidak memandang tinggi kepada bangsa Melayu, sebaliknya mereka memandang hina, melihat bangsa Melayu sebagai tidak berkebolehan, tidak bijak seperti mereka, malas dan sebagainya.
Ketua Pemuda BERJASA, Muhammad Azriq Rosman mengatakan bahawa beliau amat bijak menggunakan kelebihannya dalam kerajaan untuk menindas musuh politiknya. Sesiapa yang menentang agenda DAP akan ditentang olehnya dengan lantang.
Azriq mempersoalkan sama ada beliau sudah lupa pada tahun 2008 lalu apabila beliau dan rakan-rakannya menyuarakan pendapat untuk menurunkan semua papan tanda yang menggunakan tulisan Jawi diturunkan dan digantikan dengan tulisan selain daripada bahasa kebangsaan. Agak hairan jika beliau ingin mengatakan tindakan ini sebagai tindakan yang tidak memecahkan perpaduan masyarakat dan melaga-lagakan hubungan antara kaun Melayu dan Cina.
“Teresa perlu ingat segala perpecahan yang berlaku hingga mengancam etnososial negara kita ini berpunca daripada tindakan ahli-ahli politik yang tidak mahu melihat negara ini mempunyai satu identiti nasional yang sama”.
“Penolakan terhadap penggunaan bahasa kebangsaan dilihat sebagai satu ancaman kepada identiti negara Malaysia yang diduduki oleh majoriti orang Melayu”, tegas Azriq.