Singapura Tandatangani Perjanjian 123 Bersama AS Untuk Bangunkan Tenaga Nuklear Sendiri, Bagaimana Pula Dengan Malaysia?

SINGAPURA – Singapura telah mengambil langkah ke hadapan dengan menandatangani Perjanjian 123 bersama AS dalam usaha untuk membangunkan tenaga nuklear sendiri. Walaubagaimanapun, terdapat sumber lain yang juga mengatakan Singapura masih belum bersedia untuk membangunkan tenaga nuklear di negara mereka sendiri.

Menteri Luar Singapura Vivian Balakrishnan dan Setiausaha AS Anthony Blinken telah menandatangani perjanjian kerjasama nuklear pada Rabu (31 Julai) yang lalu sewaktu lawatan Blinken ke Singapura.

Perjanjian 123 ini akan disemak dahulu oleh Kongres AS dan akan bertahan dalam tempoh 30 tahun jika ia dipersetujui oleh kedua belah pihak.

Perjanjian ini juga menandakan bahawa AS akan mengeksport tenaga nuklear ke negara pengimport yang menandatangani perjanjian tersebut iaitu Singapura dan dibenarkan untuk mendapat akses teknologi untuk tenaga nuklear itu sendiri.

Tanbahan juga, negara yang menandatangani perjanjian ini tidak boleh memproses semula tenaga nuklear tanpa keizinan daripada AS.

Selain itu, negara lain yang menandatangani Perjanjian 123 ialah China, India, Indonesia, Vietnam dan Filipina.

Di kala negara serantau mula mengatur gerak langkah untuk membangunkan tenaga nuklear, Malaysia masih lagi belum menampakkan sinar ke arah tersebut.

Terbaharu, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli mengatakan bahawa Malaysia tidak menolak penjanaan tenaga nuklear tetapi perlu membuat pertimbangan lanjut sebelum mengintegrasikannya ke dalam campuran tenaga negara pada Ogos tahun lalu.

Namun begitu, beliau hanya mengatakan ia sebagai cadangan sahaja namun tiada tindakan diambil untuk merealisasikan cadangan tersebut di kala negara lain sudah memulakannya.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Malaysia Tamatkan Latihan Ketenteraan Rimpac 2024 Yang Disertai AS Dan israel Hari Ini

Next Post

Meta Hapuskan Gambar Anwar Ibrahim Dengan Hamas – Apa Yang Malaysia Boleh Lakukan?

Related Posts