Adakah zahid hamidi mencadangkan malaysia menjadi sebuah negara diktaktor?

SHAH ALAM – Cadangan Zahid Hamidi untuk mewujudkan rang undang-undang bagi mengekalkan kerajaan adalah sesuatu yang dilihat amat terdesak. Cadangan tersebut akan membawa Malaysia ke arah pemerintahan diktator sedangkan sekarang ini pun sikap kediktaktoran telah ditonjolkan oleh kerajaan seperti pengawalan terhadap kebebasan bersuara dan tekanan kepada media-media bebas di atas laporan yang dikemukakan.

Ketua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan Mohd Sharif berkata cadangan yang terpacul ini sangat mengejutkan kerana keluar dari mulut seorang Timbalan Perdana Menteri juga merupakan Presiden UMNO yang mewakili komposisi jutaan orang Melayu di Malaysia ini. Cadangan yang dibuat oleh Zahid Hamidi ini jelas menunjukkan UMNO telah hilang arah, hilang sokongan, hilang kekuatan dan yang tinggal hanya kuasa serta gaya diktator untuk terus berkuasa.

“Cadangan untuk memperkenalkan Akta Penggal Tetap Parlimen (FTPA) amat mengarut dan hanya membuang masa sahaja. Untuk pengetahuan semua, sistem pemilihan kepimpinan berpenggal di Malaysia telah lama wujud dan pertukaran silih berganti telah berlaku. Ia wajar dihormati dan diangkat sebagai salah satu nadi demokrasi yang diamalkan menurut Perlembagaan Negara”.

“Zahid Hamidi dan sekutunya patut menilai kewibawaan mereka dalam memimpin kerajaan dan peranan mereka dalam Pakatan Harapan yang hanya dilihat sekadar pelengkap untuk Anwar Ibrahim dan DAP berkuasa. Langung tidak melindungi kepentingan orang Melayu walhal UMNO itu sendiri lahir daripada perjuangan orang Melayu itu sendiri”.

“Rakyat terutamanya di semua peringkat dan lapisan perlu bersatu hati membantah cadangan yang ingin mengubah wajah politik negara kepada diktaktor ini dalam apa jua cara sekalipun. Apa yang ingin dilakukan oleh kerajaan ini akan membunuh hak rakyat yang bebas dalam memilih kerajaan”, tegas beliau.

Akhir kata, beliau menyeru kepada UMNO bermuhasabah tentang parti mereka dan sepatutnya sedar tentang amanah yang dipikul oleh mereka sebagai kerajaan. Undi yang diterima oleh mereka datangnya daripada orang Melayu dan besar kesilapan UMNO jika mengkhianati harapan mereka.

Terdahulu, bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim menggesa kerajaan agar tidak membuang masa dengan memperkenalkan Akta Penggal Tetap Parlimen (FTPA). Zaid berkata meskipun FTPA mempunyai kelebihan, namun pelaksanaannya akan mencetuskan huru-hara dalam pentadbiran kerajaan yang merupakan kerajaan campuran dan terdiri daripada 19 parti komponen.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Serangan Ke Atas Yaman Bukti Kuasa Barat hipokrit Melawan Keganasan

Next Post

DAP Bersikap bacul dengan menunggang parti melayu

Related Posts