Kerajaan Kini Tidak Kukuh & Bercelaru

Datuk Seri Anwar Ibrahim sebenarnya mengetahui bahawa kerajaan campuran pimpinan beliau tidak kukuh. UMNO pula kini yang sedang bergelut dengan krisis kepimpinan dan defisit kepercayaan anak muda. Manakala, DAP sibuk menuntut serta mendesak bagi mendapatkan pelbagai laba politik untuk agenda chauvinist mereka.

Satu-satunya cara bagi meneruskan survival kerajaan campuran yang amat rapuh ini ialah dengan membunuh musuh politik terdekat secepat mungkin sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN).

Hal ini kerana boleh jadi mesej rakyat yang menolak Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (kerajaan perpaduan) akan semakin kuat dinyatakan dalam keputusan PRN nanti.

Inilah ketakutan Anwar yang terbesar.

Semua pertuduhan terhadap pimpinan Bersatu tidak kiralah benar atau tidak, amat jelas berniat jahat untuk mengelakkan tumbangnya kerajaan sekarang sepertimana nasib Pakatan Harapan selepas PRU14 yang lalu.

Episod seterusnya amat menarik untuk diikuti, tapi drama jatuh menjatuh ini tidak sedikitpun menguntungkan rakyat dan negara. Kita mengimpikan budaya kepimpinan matang dalam lanskap politik negara.

Rakyat menilai dan sudah pasti mahukan kepimpinan yang adil, profesional, dan menjadi aspirasi buat semua.

Muhammad Lukman Al-Hakim

Naib Presiden BERJASA

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Antara “B”, “,M” Dan “T”

Next Post
Pemuda BERJASA, Isma Aiman

Subsidi Diesel Bersasar Tidak Cukup Untuk Turunkan Harga Barang

Related Posts