Meta Hapuskan Gambar Anwar Ibrahim Dengan Hamas – Apa Yang Malaysia Boleh Lakukan?

KUALA LUMPUR – Keputusan Meta menghapuskan kandungan media sosial yang memaparkan gambar pertemuan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama pemimpin tertinggi Hamas Ismail Haniyeh nyata menimbulkan kecaman orang ramai terutamanya daripada kerajaan Malaysia.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata penurunan itu sebenarnya dibuat oleh pemimpin tertinggi di dalam Meta bukannya di pihak Meta Asia.

Beliau berkata, Meta Asia sudah pun mengadakan pertemuan dengan pihak kerajaan Malaysia dan menjelaskan bahawa tindakan penurunan kandungan pertemuan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pemimpin Hamas itu berada di luar pengetahuan mereka.

Tambah beliau lagi, tindakan itu amat mengecewakan kerajaan Malaysia dan menegaskan tindakan tegas akan diambil selepas pihak Meta memberikan penjelasan penuh mengenai isu ini.

Hal ini menunjukkan bahawa kerajaan Malaysia sudah boleh bertindak dengan tegas terhadap mana-mana platform media sosial yang bersikap ‘kurang ajar’ dengan pendirian Malaysia dalam isu Palestin.

Apa Yang Malaysia Perlu Lakukan?

Kerajaan baru-baru ini telah mengumumkan akan mengenakan lesen kepada semua platform media sosial bermula Januari 2025.

Hal ini dibuat atas kecaknaan kerajaan untuk membendung jenayah buli siber dan penyebaran berita palsu di media sosial yang menjadi semakin kritikal sekarang ini.

Oleh hal yang demikian, kerajaan boleh mengusulkan syarat baharu kepada paltform media sosial seperti Meta (Facebook dan Instagram), X, Telegram dan Tik Tok untuk menghormati prinsip kerajaan dan rakyat Malaysia dalam isu Palestin jika ingin memperoleh lesen untuk terus kekal beroperasi di Malaysia.

Kerajaan sepatutnya menunjukkan ketegasan ini bagi memastikan insiden tersebut tidak berulang lagi seperti mana yang pernah ditunjukkan oleh kerajaan AS sebelum ini.

Kerajaan AS pernah bertindak tegas terhadap Meta dengan mengenakan saman di atas kesalahan Meta menggunakan gambar kanak-kanak dan remaja yang tidak sepatutnya sebagai tarikan di paltform media sosial milik mereka iaitu Facebook.

Bukan itu sahaja malahan tahun 2022 juga merekodkan Meta pernah disaman oleh UK setelah didapati membocorkan data seramai 44 juta pengguna Facebook dari UK.

Kerajaan Malaysia juga boleh mengenakan tindakan yang sama terhadap Meta dan platfrom media sosial lain jika didapati tidak menghormati undang-undang dan pendirian rasmi kerajaan Malaysia.

Bilangan pengguna platform media sosial Meta di Malaysia adalah seramai 22.35 juta bersamaan dengan 64.8% maka Meta sepatutnya perlu menghormati pendirian rasmi kerajaan Malaysia jika ingin terus mencari peluang ekonomi di sini.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Singapura Tandatangani Perjanjian 123 Bersama AS Untuk Bangunkan Tenaga Nuklear Sendiri, Bagaimana Pula Dengan Malaysia?

Next Post

Malaysia Sertai BRICS – Apakah Pro Dan Kontra Kepada Malaysia?

Related Posts