Selepas Minta Hormat Sekolah Vernakular, Kini Anwar Ibrahim Cadang Mahu Bawa Masuk Cikgu Dari Singapura

sekolah vernakular

PUTRAJAYA – Jika dahulu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta orang ramai untuk menghormati sekolah vernakular kini beliau mencadangkan pula untuk membawa masuk guru-guru daripada Singapura ke Malaysia bagi tujuan mengajar bahasa Inggeris dan mata pelajaran lain. Sepertinya, Perdana Menteri masih membenarkan sistem pendidikan nasional terus dicatur dan gagal menentukan prioriti sedangkan isu sekolah vernakular juga belum selesai.

Cadangan ini dibuat setelah diadakan perbincangan bersama rakan sejawatnya iaitu Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong pada hari semalam di Seri Perdana.Beliau berkata kepada media bahawa memang ada perbincangan mengenai perkara itu yang mana Singapura ada mempertimbangkan permintaan beliau untuk Singapura menghantar guru-guru daripada Singapura mengajar bahasa Inggeris atau mata pelajaran lain ke beberapa kawasan di Malaysia.

Walau bagaimanapun, cadangan beliau ini masih lagi di peringkat awal dan mengatakan bahawa keputusan ini perlu dibawa dahulu kepada menteri yang berkaitan iaitu Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Hal ini menimbulkan persoalan kerana cadangan ini terus datang daripada Perdana Menteri bukannya Menteri Pendidikan itu sendiri. Sepatutnya Menteri Pendidikan yang mengemukakan cadangan tersebut memandangkan segala permasalahan dan urusan yang berkaitan pendidikan negara adalah tanggungjawab beliau.

Selain itu, negara kita sebenarnya masih wujud lambakan graduan pendidikan yang layak untuk mengajar bahasa Inggeris di sekolah rendah mahupun menengah. Isu kekurangan guru yang berlaku sejak dahulu masih belum menemukan jalan penyelesaian namun itu bukanlah tiket untuk kerajaan mengimport tenaga guru daripada luar.

Kerajaan sepatutnya memikirkan langkah yang berkesan untuk mengoptimumkan tenaga graduan pendidikan ini untuk berkhidmat menjadi guru di tanah air sendiri pada masa akan datang. Kita tidak mahu falsafah pendidikan negara kita dicampur-adukkan dengan unsur luar sehingga mengganggu proses kemajuan negara kita.

Bukan itu sahaja isu bebanan tugas sehingga ramai guru memilih untuk bersara awal juga masih lagi menjadi persoalan utama di kalangan warga pendidik pada hari ini. Justeru itu, cadangan membawa masuk tenaga pengajar dari Singapura yang tidak tentu ada semangat nasionalnya sebagai rakyat Malaysia perlulah diperhalusi secara menyeluruh terlebih dahulu.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
palestin

Di Kala Palestin Berdarah, Menteri Malaysia Bersuka Ria Dengan Amerika Syarikat

Next Post
lantikan politik

Lantikan Politik kerajaan PMX: Ahli Parlimen DAP Dilantik Pengerusi Baharu TalentCorp

Related Posts