Sistem Pendidikan Negara Memacu Pembangunan Modal Insan Yang Bersatu

Shah Alam – Sistem pendidikan sesebuah negara amat penting dalam membentuk identiti nasional dalam setiap warganegara. Sekiranya rakyat sesebuah negara bangsa masih kabur dengan identiti nasional dan tidak mempunyai semangat kesetiaan kepada negara, ianya cukup membuktikan sistem pendidikan negara tersebut telah gagal.

Begitu jugalah di Malaysia, sistem pendidikan kebangsaan seharusnya menjadi asas perpaduan dan setiap dasarnya perlulah selari dengan keperluan masyarakat yang berbilang bangsa. Dasar pendidikan yang dilaksanakan bukan sahaja bertujuan untuk memberi pelajaran di sekolah semata-mata tetapi sebagai alat untuk merealisasikan perpaduan bangsa.

Melalui sistem persekolahan, masyarakat dibentuk dengan memberi pelajaran kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama, dan warna kulit.

Apa yang berlaku pada hari ini, sistem pendidikan Malaysia masih bersifat dualism. Kita boleh lihat perbezaan dari segi penggunaan bahasa dan budaya. Jurang antara golongan kaya, miskin dan antara kaum dapat dilihat dari segi pergaulan dan bahasa pertuturan.

Amat menyedihkan apabila setelah lebih 60 tahun merdeka Kementerian Pelajaran Malaysia perlu mengatur langkah strategik untuk memperkasakan penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan Cina. Sedangkan sistem pendidikan kebangsaan perlu menggunakan bahasa kebangsaan sebagai medium penyampaian pengajaran dan pelajaran (P&P).

Justeru, impian kita untuk membangunkan semula modal insan watan yang bersatu dengan memastikan belia negara mampu menguasai bahasa kebangsaan dengan baik.

Penguasaan Bahasa Melayu bukan sahaja dapat menyatupadukan rakyat Malaysia malah menjulang Perlembagaan Persekutuan yang telah mengiktiraf Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Warganegara yang bersatu, bertanggungjawab dan cinta akan negara ini terhasil daripada sistem pendidikan satu aliran buat semua anak watan. Hasil sistem pendidikan satu aliran inilah yang bakal memacu Malaysia menjadi negara maju, kuat dan berdaulat menjelang 2040.

Fahmi Bazlan & Basyirah Yasin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Adakah Ada Kaedah Lain Selain OPR?

Next Post

Sumber Nasional Pemangkin Ekonomi Malaysia Unggul

Related Posts