Di Kala Palestin Berdarah, Menteri Malaysia Bersuka Ria Dengan Amerika Syarikat

palestin

KUALA LUMPUR – Rakyat Palestin sudah menghadapi penderitaan yang panjang bukan sahaja sejak 7 Oktober 2023 yang lalu namun bermula tahun 1940-an lagi mereka dibantai dengan teruk daripada tentera penjajah rejim Zionis. Rakyat Palestin sering dinafikan hak untuk bersuara mahupun mendapatkan keadilan daripada negara kuasa besar dunia sedangkan sudah banyak jiwa yang terkorban di tangan Zionis.

Namun amat memalukan sekali apabila terdapat seorang menteri Malaysia yang hadir ke sambutan ulang tahun ke-248 Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat yang diadakan pada Isnin lepas. Acara tersebut diadakan di sebuah hotel yang terletak di Kuala Lumpur.

Di kala Amerika Syarikat (AS) membayangkan acara sambutan ini disambut dengan meriah namun terdapat beberapa NGO yang menolak jemputan tersebut dengan sebab bersolidariti kepada nasib rakyat Palestin yang dibunuh oleh rakan karib Amerika Syarikat iaitu Israel.

Sentimen anti-Amerika yang membuak-buak sewaktu acara tersebut dapat dilihat apabila berlaku kekecohan yang dilakukan oleh seorang lelaki yang menjerit slogan mengutuk bantuan ketenteraan AS kepada Israel.

Berbeza dengan menteri Malaysia ini iaitu Anthony Loke, Menteri Pengangkutan apabila menyertai acara itu dengan hati yang terbuka menyertai bersama Duta Besar AS ke Malaysia Edgard D Kagan dalam tradisi bersulang minuman.

Kerajaan dilihat langsung tidak bersikap sensitif dengan keadaan yang berlaku di Palestin kini. AS secara konsisten menyatakan sokongan kepada kerajaan Zionis pimpinan Benjamin Netanyahu untuk menamatkan terus penguasaan kerajaan Palestin yang sah di Gaza iaitu Hamas sehingga menolak mereka ke Rafah.

Beribu nyawa telah terkorban sehingga menampakkan Zionis sedang melakukan aktiviti genosid yang dahsyat. Walaupun AS sering menegaskan akan memujuk Israel untuk terus menghentikan perang, namun Israel terus mengendahkan arahan itu dan ingin terus menyerang.

Anthony Loke selaku wakil daripada kerajaan sepatutnya berasa malu kerana wakil NGO yang tidak mempunyai kekuatan kuasa politik yang besar mampu bersolidariti dengan konsisten terhadap Palestin.

Kehadiran beliau menampakkan kerajaan langsung tidak tegas dengan pendirian mereka untuk menyokong nasib Palestin dan menimbulkan persoalan sama ada mereka benar-benar bersama Palestin dalam konflik berdarah ini ataupun sebaliknya.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
korupsi

Pemimpin Korupsi: Imej Negara Tercalar

Next Post
sekolah vernakular

Selepas Minta Hormat Sekolah Vernakular, Kini Anwar Ibrahim Cadang Mahu Bawa Masuk Cikgu Dari Singapura

Related Posts