Selepas Diesel, Kerajaan Pertimbangkan Untuk Laksanakan Subsidi Bersasar Pada RON95

subsidi diesel ron95

KUALA LUMPUR – Selepas melaksanakan subsidi bersasar untuk diesel beberapa minggu yang lalu, kerajaan sedang mempertimbangkan keperluan untuk melaksanakan subsidi bersasar terhadap petrol RON95. Ura-ura mengenai pelaksanaan subsidi bersasar terhadap petrol RON95 sudah lama kedengaran dan kini ia hampir menjadi kenyataan.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata tumpuan dan keutamaan sekarang ini diberikan dahulu kepada pelaksanaan subsidi diesel sehingga penyasarannya menjadi stabil.

“Sekiranya rasionalisasi subsidi ke atas petrol RON95 dilaksanakan pada masa akan datang, kerajaan akan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan golongan terkesan akan diberikan bantuan sewajarnya,” kata beliau.

Sebelum ini, Menteri Kewangan II iaitu Datuk Seri Amir Hamzah berkata, setakat ini belum ada lagi keperluan subsidi bersasar yang akan dilaksanakan terhadap RON95 kerana ingin memfokuskan terlebih dahulu kepada pelaksanaan subsidi diesel hingga ia stabil.

Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan subsidi bersasar ini atas alasan ingin menyelamatkan ekonomi negara.

Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menjangkakan ‘pelarasan minimum’ bagi subsidi RON95 dan menjangkakan pelaksanaannya pada Julai atau Oktober tahun ini selepas kesan rasionalisasi subsidi diesel dinilai.

Selain itu juga, Ketua Ekonomi Maybank IB, Suhaimi Ilias berkata penyasaran subsidi petrol RON95 bermula pada 1 Oktober 2024, harga petrol RON95 perlu dinaikkan sebanyak 65 sen seliter atau 31.7% bagi membolehkan mencapai penjimatan RM4.1 bilion pada suku keempat 2024 (4Q2024).

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
sukan olimpik paris 2024

Sukan Olimpik Paris 2024: Adakah Sah Di Sisi Undang-Undang Mengubah Warna Jalur Gemilang?

Next Post
bruno mars

Konsert Bruno Mars: Usah Jadi ‘Enabler’ Pendokong Israel – Ketua Pemudi BERJASA

Related Posts