Subsidi Diesel Bersasar Akan Wujudkan Kesan Domino – Isma Aiman

subsidi diesel

GOMBAK – Keputusan Kementerian Kewangan melaksanakan penyasaran subsidi yang membabitkan penetapan harga runcit diesel mengikut harga pasaran nyata mendapat reaksi yang berbelah bahagi daripada orang ramai. Perlaksanaan subsidi diesel ini sudahpun dijangka untuk dilakukan pada tahun ini namun ramai pihak mengatakan masih terdapat kelompongan daripada langkah ini.

Isu ini juga pantas mendapat respon daripada Pemuda BERJASA, Isma Aiman yang melihat akan wujudnya kesan domino terhadap perlaksanaan langkah ini. Tanpa menolak kebaikan yang dilaksanakan oleh kerajaan mengenai langkah ini namun beliau melihat banyak lagi aspek yang perlu diperhalusi oleh kerajaan.

“Kita tidak menafikan adanya perkara baik daripada langkah ini iaitu untuk mengelakkan berlakunya ketirisan subsidi diesel. Sepertimana yang berlaku sebelum ini apabila sudah banyak kes penyeludupan diesel yang dilakukan oleh warga asing mahupun warga tempatan untuk diseludup ke negara jiran”.

“Namun satu aspek lain yang perlu kita perhalusi ialah sejauhmanakah kerajaan akan bertahan dengan perlaksanaan apungan minyak diesel ini. Hal ini kerana dahulunya sewaktu pemerintahan Pakatan Harapan (PH) pun mereka tidak mampu bertahan dengan kenaikan harga minyak yang begitu cepat naiknya waktu itu dan akhirnya mereka terpaksa kembali semula kepada perlaksanaan apungan harga minyak secara mingguan”, tegas beliau.

Kenyataan daripada beliau ini merujuk kepada satu pucut surat pada tahun 2018 daripada Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang kini sebagai Menteri Ekonomi kepada Menteri Kewangan waktu itu, Lim Guan Eng yang menegaskan kerajaan perlu menyemak harga mengikut formula secara mingguan untuk memastikan rakyat menikmati penjimatan serta-merta jika ada kejatuhan mendadak harga minyak mentah dunia.

Rafizi Ramli juga menegaskan agar kerajaan melaksanakan semula sistem apungan harga minyak secara mingguan seperti yang dilaksanakan pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Selain itu, beliau juga melihat akan wujudnya kesan domino akibat pengenalan subsidi diesel secara bersasar ini.

Walaupun dikatakan tiada alasan untuk peniaga menaikkan harga barang susulan pelarasan itu kerana subsidi diesel masih akan dinikmati melalui mekanisme yang berbeza namun dijangkakan akan wujudnya peniaga yang mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barang mereka.

“Kita perlu sedar bahawa akan wujudnya kelompok peniaga yang mengambil kesempatan dalam isu ini dengan menaikkan harga barang dengan alasan perlaksanaan subsidi secara bersasar telah dipekenalkan”.

“Keadaan ini sebenarnya sering berlaku dan walaupun pemantauan harga telah dilaksanakan oleh pihak berkuasa sering dilakukan, isu ini tidak pernah habis”.

“Jika harga pasaran turun sekalipun, peniaga tidak akan mudah menurunkan harga jualan mereka sekali kerana terdapat untung yang banyak di situ”, tegas beliau.

Penganalisis daripada CIMB Securities percaya pelaksanaan subsidi diesel bersasar dijangka akan memberi kesan minimum dan terhad kepada syarikat pengeluar barangan pengguna.

Mereka melihat dua jenis kesan pelaksanaan subsidi diesel impak kepada syarikat pengeluar barangan pengguna iaitu peruntukan subsidi diesel yang tidak mencukupi membawa kepada kos pengangkutan yang lebih tinggi.

Kesan kedua pula jelasnya, ialah permintaan yang lebih rendah untuk produk memandangkan syarikat pengguna terpaksa menaikkan harga jualan untuk meneruskan kos logistik lebih tinggi yang terpaksa ditanggung.

Sebelum itu juga, Isma Aiman pernah menyatakan perlaksanaan langkah ini tidak cukup dalam usaha untuk menurunkan harga barang.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
sekolah vernakular

Wujud Gerakan & Naratif Naikkan Imej Sekolah Vernakular Cina

Next Post
subsidi diesel

Subsidi Diesel Bersasar tidak Akan Selesaikan Masalah – Ir. Ts. Lukman Al Hakim

Related Posts