Anwar Ibrahim Sokong Israel Pertahankan Diri?

anwar ibrahim israel

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengeluarkan jawapan yang kontroversi ketika diwawancara oleh wartawan CNN apabila beliau bersetuju dengan tindakan Israel untuk mempertahankan diri.

Ketika beliau ditanya oleh Richard Quest adakah Israel berhak wujud dan mempertahankan diri, Anwar Ibrahim memberikan jawapan “ya” kepada kedua-dua soalan itu.

Jawapan wawancara tersebut boleh didengari dalam satu video yang dimuatnaik oleh Richard Quest di akaun X miliknya pada minit ke 2:30.

Jawapan beliau tersebut pastinya akan menimbulkan persoalan mengenai pendirian beliau sama ada beliau sehaluan dengan dasar kerajaan Malaysia secara rasminya tidak mengiktiraf negara haram Zionis itu.

Sebelum ini juga beliau pernah membangkitkan kemarahan pihak pro-Palestin apabila berjumpa dengan Setiausaha Agung Amerika Syarikat (AS), Anthony Blinken d Laos.

Anthony Blinken memang terkenal dengan pendirian pro-Israel dan pernah menyokong perancangan untuk menyerang konvoi trak yang membawa bantuan kemanusiaan ke Palestin.

Anwar Ibrahim Dilihat Celaru Dengan Pendiriannya Dalam Soal Israel

Anwar Ibrahim seakan keliru dengan pendiriannya dalam soal nasib Palestin yang dibantai tanpa belas kasihan oleh rejim penjajah Israel.

Di hadapanm rakyat Malaysia, beliau dengan berkobar-kobar akan memperjuangkan nasib Palestin di peringkat antarabangsa sehingga mahu mengusulkan untuk menyingkirkan Israel daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Baru-baru ini juga beliau dengan lantangnya mewakili Malaysia menyeru pihak antarabangsa untuk menyokong United Nations Relief and Work Agency for Palestine Refugees in the Near East (UNRWA) bagi memastikan nasib rakyat Palestin terus terbela dan terjaga.

Namun begitu, kenyataan beliau dalam wawancara Richard Quest menampakkan beliau juga seakan menyokong hak Israel untuk bernegara di atas tanah yang dijajah daripada Palestin.

Hal ini tidak menghairankan jika beliau juga akan menyokong penyelesaian secara “two-state solution” seperti mana Perdana Menteri Malaysia yang sebelumnya sedangkan rejim Israel sendiri pun tidak menyokong solusi tersebut walaupun didesak oleh PBB.

Sungguh memalukan bagi Malaysia yang imejnya dijulang sebagai negara Islam yang berani memperjuangkan nasib Palestin di peringkat antarabangsa mempunyai pemimpin yang keliru pendiriannya dalam soal krisis Palestin-Israel.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
hutang ptptn

Hutang PTPTN: Sebanyak RM32.29 Bilion Tunggakan PTPTN Belum Dibayar

Next Post
kereta ev malaysia

Kereta EV Sebenarnya Belum Bersedia Dijual Di Malaysia

Related Posts