Pejuang pembebasan palestin bersendirian, gesa solidariti

HULU LANGAT – Solidariti terhadap Palestin dan pejuang pembebasan Palestin perlu digencarkan, kerana mereka masih bersendirian berjuang tanpa bantuan ketenteraan daripada negara Arab dan kuasa besar yang lain.

Pejuang Pembebasan Palestin telah memulakan fasa pembebasan dan pengembalian untuk mendapatkan semula hak penuh mereka, namun mereka bersendirian di medan.

Demikian menurut Muhammad Zul Fikri bin Suhaimi, Ketua Pemuda Berjasa Hulu Langat yang menggesa agar negara Arab dan kuasa besar dunia bersolidariti bersama Palestin.

“Kita juga menuntut kerajaan Malaysia supaya berterusan memberikan sokongan kepada gerakan pembebasan Palestin serta menyokong keteguhan rakyat Palestin,” katanya.

“Dengan sokongan dan solidariti dari semua khususnya ketenteraan, perjuangan pembebasan tidak bersendirian menentang penjajah Zionis yang zalim,” tambahnya.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Angkat Naratif Pembebasan Penuh Palestin

Next Post

liga arab disesak guna kekuatan ketenteraan

Related Posts