Ahli Parlimen DAP Persoal Mengapa Malaysia Tidak Kecam Hamas Ketika Palestin Dibantai

palestin malaysia

Ahli Parlimen Mas Gading, Mordi Bimol telah mempersoalkan tindakan kerajaan Malaysia yang tidak mengecam tindakan Hamas ketika Palestin dibantai dengan teruk oleh rejim Zionis.

Beliau yang merupakan ahli politik daripada parti DAP itu berpendapat Hamas merupakan pihak yang bertanggungjawab melancarkan serangan terhadap Israel sehingga menyebabkan rejim Zionis itu melakukan serangan balas.

Kenyataan beliau itu seolah-olah pihak Hamas yang bersalah dalam krisis ini sedangkan Hamas mempunyai hak untuk mempertahankan tanah air yang berdaulat milik mereka daripada penjajah Israel.

Rakyat Palestin berhadapan dengan pembantaian Israel bukannya bermula 7 Oktober tetapi sudah berdekad lamanya iaitu sejak tahun 1948 lagi hingga kini.

Rakyat Palestin sudah lama ditindas dengan kejam oleh rejim Zionis dan tidak sepatutnya menjadi kesalahan untuk mereka berjuang mendapatkan hak mereka di tanah air sendiri.

Menuding jari kepada Hamas adalah satu tindakan yang bodoh kerana ia seakan-akan membela penjajah untuk bersikap bermaharajalela di atas tanah yang dirampas secara haram.

Jika beliau ingin mengusulkan pelan perdamaian untuk menghentikan perang antara Palestin dan Israel ini, sebenarnya pelan perdamaian itu sudah lama dibuat oleh kedua belah pihak melalui Perjanjian Oslo namun langsung tidak mendatangkan hasil.

Dasar “two-state solution” juga hanya dibakul sampahkan oleh Israel kerana arus ideologi ekstremis kanan sana semakin kuat hingga mereka ingin merampas tanah Tebing Barat pula selepas menghancurkan bandar Gaza.

Malaysia Perlu Konsisten Membela Palestin Sehingga Merdeka

Malaysia sebagai sebuah negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam dan mengangkat Islam sebagai agama Persekutuan wajar konsisten dalam membela Palestin sehingga negara ini berjaya mencapai kemerdekaan penuh.

Rakyat Malaysia daripada dahulu lagi memang konsisten dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin di sana kerana mereka melihat krisis ini bukan sahaja daripada kaca mata kemanusiaan namun ia turut berkaitan dengan semangat spiritual penganut Islam di Malaysia itu sendiri.

Umat Islam seluruh dunia termasuk Malaysia meyakini Masjid Al-Aqsa yang terletak di atas tanah Palestin merupakan kiblat suci umat Islam maka kesucian masjid itu perlu dipertahankan daripada tangan penjajah Israel.

Namun menjadi persoalan sama ada perjuangan daripada rakyat ini turut dikongsi bersama oleh pemimpin-pemimpin politik di Malaysia apatahlagi ahli Parlimen daripada DAP itu mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Bukan itu sahaja malahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengejutkan ramai pihak ketika diwawancara oleh wartawan CNN apabila beliau menyetujui hak Israel untuk mempertahankan diri daripada serangan.

Jawapan tersebut tidak wajar dinyatakan oleh beliau memandangkan Malaysia merupakan negara yang kuat menyatakan bantahan terhadap serangan Israel daripada dahulu lagi.

Persoalan mula timbul sama ada Malaysia kini dipimpin oleh pemimpin yang pro kepada penjajah iaitu Israel atau menyokong penuh kemerdekaan Palestin.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
anwar ibrahim israel

Presiden BERJASA Persoal Pendirian Anwar Ibrahim Sokong Israel Pertahankan Diri

Next Post
pasdec jual tanah

Pasdec Jual Tanah Di Pahang Dengan Nilai RM73.4 Juta Kepada Syarikat China

Related Posts