Kereta EV Sebenarnya Belum Bersedia Dijual Di Malaysia

kereta ev malaysia

Kereta EV boleh dikatakan sebenarnya masih belum sepenuhnya bersedia dijual di Malaysia kerana mempunyai banyak masalah yang belum diselesaikan.

Hal ini diakui sendiri oleh penganalisis automotif, Hezeri Samsuri yang berpendapat terdapat pelbagai ‘batasan’ yang masih belum selesai meskipun kereta EV sudah digunakan di banyak negara.

Beliau melahirkan kerisauan segala masalah yang membelenggu kereta EV ini akan menjadikan ia sebagai mesin ‘pakai buang’ sahaja.

Isu ini dibangkitkan setelah banyak aduan dan masalah yang diterima oleh rakyat Malaysia yang melihat kenderaan EV masih belum praktikal untuk digunakan di Malaysia.

Hal ini tidak ditambah lagi dengan harganya yang begitu mahal jika dibandingkan dengan harga kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE).

Masa Mengecas Yang Lama, Kos Pembinaan Stesen Pengecas EV Antara Masalah Industri Kereta EV Di Malaysia

Kerumitan pengecasan dan pengambilan masa yang terlalu lama untuk kereta EV dan kos pembinaan stesen pengecas EV jenis arus yang terlalu tinggi menjadi masalah utama yang dibincangkan oleh ramai pihak.

Kos pembinaan stesen pengecas EV yang tinggi ini mungkin menjadi salah satu faktor mengapa tidak begitu banyak stesen pengecas ini di sekitar bandar Malaysia sehingga menyukarkan perancangan pengguna untuk memandu EV dalam jarak yang jauh.

Bukan itu sahaja malahan usia bateri dan kos kitar semula komponen yang terlalu tinggi dan cara penyimpanan bateri ganti di pusat servis.

Kini rakyat Malaysia mula menularkan di media sosial mengenai harga kereta EV selepas jualan yang jatuh begitu drastik tidak seperti kereta ICE yang sering digunakan oleh rakyat Malaysia.

Pada bulan Mei tahun ini, perbezaan harga purata antara EV terpakai dan kereta petrol mencapai jurang terbesar setakat ini iaitu 8.5 peratus atau perbezaan sebanyak AS$2,657 (RM12,534).

Harga purata untuk EV terpakai ialah AS$28,767 (RM135,708) pada Mei manakala harga purata kereta petrol ialah AS$31,424 (RM148,242).

Statistik dan data yang ditunjukkan ini membuatkan rakyat Malaysia teragak-agak untuk membeli kereta EV kerana menganggap ia sebagai satu ‘kerugian’ kepada mereka.

Sudahlah perlu menanggung kos baik pulih yang tinggi, kereta EV mereka juga mempunyai nilai pasaran yang rendah jika ingin dijual semula.

Hezeri Samsuri menyarankan kerajaan untuk menubuhkan badan bagi mengkaji semua isu berkaitan kereta EV ini bagi mengelakkan ia terus menjadi masalah yang membelenggu rakyat Malaysia.

Sesuatu yang tidak berguna jika kereta EV rancak dibawa masuk ke Malaysia namun tidak ramai yang ingin membelinya atas sebab masalah-masalah yang telah digariskan di atas.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
anwar ibrahim israel

Anwar Ibrahim Sokong Israel Pertahankan Diri?

Next Post
anwar ibrahim israel

Presiden BERJASA Persoal Pendirian Anwar Ibrahim Sokong Israel Pertahankan Diri

Related Posts